Sunday, September 20, 2020

Testimoni Herblax Shaklee

Rata-rata mereka yang dah mencuba Herblax Shaklee ni ramai yang beri respon positif. Alhamdulillah. Banyak sebenarnya  manfaat Herblax ni. Dalam tu ada 9 kandungan herba semulajadi ☘. Antaranya jintan manis, jintan hitam, daun senna dan lain-lain.

Baca info lanjut :



Herblax Shaklee
Manfaat dalam Herblax Shaklee


Boleh membantu mereka-mereka yang ada masalah sembelit, perut buncit, lemak berlebihan dan banyak angin.

Siapa yang berniat nak kurus tu, elok sangat ambil "dia" ni ha 🤗

Herblax pun bantu singkirkan toksin berlebihan dalam badan kita. Bila toksin banyak, usus jadi tak bersih. Yelah, hari-hari toksin duk serap masuk dalam badan, tak kiralah saiz badan orang tu gemuk atau kurus.

Bila usus bersih, nutrisi dan zat-zat vitamin pun senang nak serap masuk ke dalam tubuh kita ☺️

Badan jadi ringan.
Rasa bertenaga.
Hati pun senang, ye dak? Hehehe.


Testimoni Herblax Shaklee

















Baca juga :






Mampu milik mas kahwinnya.
RM57.50 | 120 tablet

Mana yang berkenan nak cuba, boleh klik sini ya.
 
Rubiah Kadir
Continue Reading

Wednesday, September 16, 2020

Set Menyusu Shaklee Bajet

Untuk dapat manfaat dalam penyusuan susu ibu, para ibu digalakkan untuk menyusukan sepenuhnya bayi mereka (secara ekslusif tanpa makanan tambahan) dari lahir sehingga 6 bulan pertama. Kemudian ia diteruskan sehingga tempoh 2 tahun.


Susu ibu banyak memberi kebaikan pada bayi kerana mengandungi pelbagai nutrien yang berkhasiat malah ia mudah dihadam dan melindungi bayi daripada jangkitan. Bagi si ibu pula, aktiviti menyusu ini membakar kalori (mengembalikan bentuk badan asal) serta mengecutkan rahim.


Sumber Google


Pengalaman Sendiri Menyusukan 4 Orang Anak

Ruby akui gagal menyusukan anak yang sulung dalam fasa pertama tu. Masalah susu yang sedikit, kurang ilmu serta sikap ambil mudah antara punca kenapa Ruby beralih arah kepada susu formula ;(

Alhamdulillah, untuk anak kedua, ketiga dan keempat, Ruby berjaya menyusukan mereka lebih dari setahun. Malah anak keempat sekarang ni yang berusia 3 tahun 6 bulan masih menyusu badan.

Ruby akui, breastfeeding bukan sesuatu kerja yang mudah. Banyak cabarannya namun sebenarnya, pilihan di tangan kita. Bagaimana cara nak atasi dan kesanggupan untuk kita hadapi situasi tu ;)


Set Menyusu Shaklee Bajet

Juga terkenal sebagai  "Shaklee Milkbooster". Vitamin-vitamin dalam set ini alternatif bagi membantu ibu-ibu untuk menambahkan susu badan dan beri tenaga kepada ibu supaya tak letih/penat.

Set Menyusu Shaklee Bajet
Set Menyusu Shaklee Bajet

ESP Shaklee

  • Bantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi.
  • Meningkatkan sistem imuniti.
  • Susu ibu terdiri dari PROTEIN. Begitu juga seluruh badan kita dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi, sangat penting untuk pembinaan sel tubuh kita. ESP adalah sumber protein soya dari NON GMO (tidak diubah genetiknya).
  • Memberi tenaga berpanjangan kerana rendah GI.
  • Susu lebih pekat dan bayi menjadi kenyang.
  • Bonus = kulit si bayi & ibu jadi sihat dan cantik.

Baca info lengkap :

Alfafa Complex

Terkenal sebagai Raja Tumbuhan kerana khasiatnya yang banyak dengan nutrisi.
  • Alfafa terkenal sebagai "galactagog" iaitu penggalak penghasilan susu ibu dengan cara meransang tisu payudara dan bekalan susu.
  • Bonus untuk si ibu, alfafa bagus untuk masalah keputihan, kurangkan senggugut dan bagus untuk detox!


Ingin diingatkan, untuk menjayakan penyusuan susu ibu, sangat penting konsep demand VS supply. Lebih banyak ransangan kepada payudara, lebih banyak susu yang akan terhasil.  Dalam erti kata, makin kerap bayi menyusu atau makin kerap susu dipam keluar, maka susu ibu akan jadi lebih banyak ;)

Ibu juga digalakkan minum air yang mencukupi serta amalkan pemakanan yang sihat & seimbang.


Untuk pertanyaan dan order :

Pengedar Sah Shaklee
Rubiah Kadir  945759




Continue Reading

Monday, September 14, 2020

Fokus Dalam Tujuan Hidup

Ada seorang anak yang setiap hari rajin solat ke masjid, lalu suatu hari ia berkata kepada ayahnya,

"Ayah mulai hari ini saya tidak mau ke masjid lagi"

"Laaa kenapa?" Tanya si ayah.

"Kerana di masjid saya menemukan orang² yang kelihatan beragama tapi sebenarnya tidak, ada yang sibuk dengan gadgetnya, sementara yang lain membicarakan tentang keburukan orang lain".



Fokus Dalam Tujuan Hidup



Si ayah pun berpikir sejenak dan berkata, "Baiklah kalau begitu, tapi ada satu syarat yang harus kamu lakukan setelah itu terpulang kepada kamu".

"Apa dia ayah?"

"Ambillah air satu gelas penuh, lalu bawa keliling masjid, ingat jangan sampai ada air yang tumpah".

Si anak pun membawa segelas air mengelilingi masjid dengan hati², hingga tak ada setitis air pun yang jatuh.

Sesampai di rumah sang ayah bertanya, "Bagaimana sudah kamu bawa air itu keliling masjid?",

"Sudah ayah".

"Apakah ada yang tumpah?"


"Tidak".

"Apakah di masjid tadi ada orang yang sibuk dengan gadgetnya?".

"Saya tidak tahu kerana pandangan saya hanya tertumpu pada gelas ini", jawab si anak.

"Apakah di masjid tadi ada orang² yang membicarakan keburukan orang lain?", tanya si ayah lagi.

"Saya pun tidak mendengar kerana saya hanya fokus menjaga air dalam gelas".

Si ayah pun tersenyum lalu berkata, "Begitulah hidup anakku, jika kamu fokus pada tujuan hidupmu, kamu tidak akan ada waktu untuk menilai keburukan orang lain. Jangan sampai kesibukanmu menilai kualiti orang lain membuatmu lupa akan kualiti dirimu"


Mari kita fokus pada diri sendiri dalam beribadah, bekerja dan untuk terus menjadikan hidup ini positif.

Moga kita menjadi lebih baik dan lebih bermanfaat
.
Continue Reading

Saturday, September 12, 2020

Set Hamil Shaklee

Kesihatan menyeluruh dan juga pemakanan seorang ibu boleh memberi kesan besar terhadap perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan.

Mengapa nutrien untuk ibu hamil itu penting ?
  • Untuk kesihatan ibu yang berupaya mengandung hingga bayi lahir.
  • Perkembangan bayi yang sihat.
  • Kelahiran tanpa komplikasi.
  • Proses pemulihan cepat ketika pantang.



Set Hamil Shaklee

Set Hamil Shaklee
Nutrisi lengkap untuk menyokong pertumbuhan dan tumbesaran bayi

Set ni membekalkan nutrien yang cukup lengkap untuk keperluan ibu-ibu yang merancang untuk hamil atau yang sedang hamil. Ia terdiri daripada 6 produk iaitu ;

  • B Complex
  • Vitalea with iron formula
  • SR Vita C Plus
  • Ostematrix
  • ESP
  • Omega Guard



B Complex
Set Hamil Shaklee
Terdiri daripada 8 jenis vitamin B

  • Sumber Asid Folic : 400mcg harian sebelum hamil dan semasa awal kehamilan mengurangkan risiko bayi dilahirkan dengan kecacatan tiub neuron sehinggan 70%.
  • Menyokong sistem saraf sihat.
  • Penghasilan hormon dan sel-sel darah merah.
  • Penghasilan tenaga.



Vita-lea With Iron Formula
Set Hamil Shaklee
Multivitamin dan Multimineral

  • Dirumus khas dengan 28 vitamin-vitamin penting dan mineral perlu untuk kesihatan optimum dan tenaga.Sumber Zat Besi, kekurangan zat besi boleh menyebabkan anemia dalam wanita mengandung.
  • Semasa trimester terakhir fetus menyerap zat besi dari ibu.
  • Mengurangkan risiko kelahiran bayi kurang matang.
  • Hemoglobin : mengangkut oksigen dalam darah (ibu dan bayi).
  • Kuantiti darah meningkat semasa kehamilan.



SR Vita C PLUS

Set Hamil Shaklee
Kaya dengan sumber vitamin C. Tinggi antioksidan

  • Sebagai sistem imun membantu lawan jangkitan dan penyakit (bagi wanita hamil, pantang dan menyusu bayi).
  • Penghasilan kolagen iaitu membina tulang rawan dan otot-otot dan tulang fetus.
  • Mengandungi bahan semulajadi seperti bioflavonoids, hesperidin dan rose hips untuk meningkatkan fungai vitamin C.

Baca juga :  Kebaikan Vitamin C Untuk Ibu Mengandung



Ostematrix
Set Hamil Shaklee
Pil yang kaya dengan sumber kalsium

  • Sumber Kalsium untuk tulang kuat dan sihat (40% daripada susu ibu mengandungi kalsium).
  • Membantu mengasimilasikan kalsium kedalam tulang dan menguatkan.
  • Merangsang penyerapan kalsium.
  • Bantu dalam metabolisme tulang.
  • Mengaktifkan enzime yang menbantu dalam pembinaan kepadatan tulang.



Energizing Soy Protein (ESP)
Set Hamil Shaklee
Kaya dengan protein dari tumbuhan

  • Sumber protein yang mengandungi asid-asid amino lengkap termasuk 9 asid perlu. Membantu penghasilan susu ibu.
  • Bebas laktosa secara semulajadi.
  • Bebas kolesterol secara semulajadi.
  • Soya tidak diubah suai secara genetik (NON GMO).
  • Membantu penghasilan susu ibu.
  • Trimester ke 2 & 3 bayi sedang berkembang dengan pantas.
  • Blok-blok pembinaan asas ibu & bayi.

Baca juga tentang :  Kebaikan ESP Shaklee Untuk Ibu Hamil



Omega Guard

Set Hamil Shaklee
Minyak ikan Omega 3

  • EPA dan DHA memberi kesan positif terhadap perkembangan kognitif dan visual kepada bayi dalam kandungan.
  • Mengurangkan risiko alahan kepada bayi yang dikandung.
  • Mengandungi 540mg EPA dan 360mg DHA.



Harga Set Hamil Shaklee Bajet

B Complex       Rm58.75
(120 biji untuk 4 bulan)                    

Vitalea           Rm93.75
(120 biji untuk 4 bulan)

Vitamin C       Rm97.50
(180 biji untuk 6 bulan)

Ostematrix     Rm61.25
(120 biji untuk 1 bulan)
             
                        =========
Jumlah            Rm311.25
                        =========



Harga Set Hamil Shaklee Premium

B Complex       Rm58.75
(120 biji untuk 4 bulan)                    

Vitalea           Rm93.75
(120 biji untuk 4 bulan)

Vitamin C       Rm97.50
(180 biji untuk 6 bulan)

Ostematrix     Rm61.25
(120 biji untuk 1 bulan)

ESP                 Rm161.25
(850 gram 1.5 bulan)

Omega Guard  Rm136.25
(90 biji untuk 1.5 bulan)

                       =========
Jumlah           Rm608.75
                       =========


Ruby nak ingatkan senarai harga di atas adalah harga runcit.

Nak jimat sehingga 15-25% bagi setiap produk?
Dengan hanya menambah yuran pendaftaran bernilai RM35.00 anda layak untuk menikmati kelebihan sebagai ahli shakleeSilap haribulan boleh dapat bonus (cash rebate) tau. 

More info klik sini :

Cara Jadi Ahli Shaklee


Untuk boleh juga terus berhubung dengan Ruby di talian ini  016 6696703


Continue Reading

Thursday, September 10, 2020

Jalan Lepak Makan Di De Pulze Cyberjaya

Kisahnya semalam. Jiran 1 blok Ruby ajak keluar jalan-jalan ke De Pulze, Cyberjaya. Tak jauh mana pun dari rumah kami. Dalam 10 - 15 minit macam tu kalau tak jem.

Ruby bertiga dengan anak. Jiran pun bertiga dengan anaknya juga. Jadi berenam lah kami pergi. Naik grab je. Hehehe.

De Pulze Cyberjaya

Sampai je sana, kami terus ke MPH. Sebab tujuan asal memang nak cari buku. Kakak tu nk cari buku Ebit Lew. Ruby pulak nak cari buku Syira Lokman (Bersangka Baik Dengan Tuhan).

Tapi kurang bernasib baik, tak de rezeki. Buku yang kami nak tu habis terjual. Best sangat nampaknya tuh ;)

Ruby pun carilah buku yang lain yang available disitu. Berkenan banyak buku sebenarnya. Rambang mata pulak dah. Hahahaha. Banyak yang best-best tajuknya. Tapi untukku, hanya beli 2 buah je dulu.
  • Perjuangkan Syurgamu - Bonda Nur
  • Ajari Aku Erti Hidup - Azura Zamri

Mak nak beli buku. Depa pun nak jugakk. Huhuhu

Untuk anak sulong, dia beli 2 buah komik.

Anak no 2 - latihan matematik dan buku cerita.

Anak no 3 - buku cerita.

Anak no 4 - buku mewarna. Tak habis-habis dengan dinosour nya. Hehehe


Buku-buku yang dibeli di MPH. Dalam Rm83 macam tu after less


Ruby buat bayaran gunakan kad debit Maybank. Syok betul bila cashier bagitau boleh dapat less 10% untuk setiap buku yang dibeli. Wahhh! Seriusss jimat banyak jugak.

Lepas tu kami semua pergi cari kedai untuk lepak dan makan-makan. Kebetulan Ruby pun belum makan lagi. Perut pun dah berdendang minta diisi. Kikiki

Jiran Ruby bawak pergi ke satu restoran ni. RESTORAN SANA SINI. Kat situ ada free aiskrim, free popcorn, free salad. Ada tempat mainan untuk budak-budak sekali katanya.


Free semua. Boleh makan puas-puas. Popcorn, aiskrim dan salad. Free jerr


Muka happy bila makan aiskrim. Yang lagi 2 orang sekolah petang.


Tempat mainan yang disediakan


Ada macam-macam menu kat restoran tu. Cantik. Tenang je nak lepak. Tapi ku tak ambil gambar kedainya. Huuu, lupoo. Ruby order Nasi Ayam 7 Adik Beradik dengan ice coffee 3 layer. Jiranku pula order Ayam Kam Heong (betul ke eja, hahahaha) + Teh Ais.


Ruby punya hat kanan tu ;)


Nasi Ayam 7 Adik Beradik


Air yang Ruby minum tu RM7.90. Nasi Ayam 7 Adik Beradik pula harga dia RM15.90. Puas makan berdua dengan si abang. Banyakk betul nasinya. Macam-macam warna.

Ada nasi putih dan 6 lagi tu pelbagai jenis nasi goreng. Sedap. Ayam goreng dia goreng garing rangup. Makan dengan sambal. Tak pedas. Pun sedap. Ada kacang tanah dan ikan bilis goreng.

Ada banyak lagi menu lain yang menarik turut disediakan. Bagi Ruby harga berpatutan dengan saiz portion makanan tersebut banyak.

Anak-anak seronok bermain diruang permainan. Ruby dengan jiran bolehlah makan-makan sambil membawang. Gosip-gosip. Hahahaha. Lebih kepada cerita anak-anak sebenarnya.

Walaupun sekejap je masa pergi ke sana (dalam 2 jam), tetapi alhamdulillah sedikit sebanyak dapat release tension. (sebab Ruby nak kena ambil anak no 3 tu balik sekolah pukul 5 petang).

Yelah. Kitaorang kan surirumah. Hadap benda yang sama setiap hari. Nak juga "me time" walaupun masa tu angkut sekali anak-anak. Kikiki. Next time repeat lagi keluar jejalan kena tinggal lah depa tu kan. Mesti lagi sakan kami Mak-mak berjalan. Hahahaha
Continue Reading

Cara Atasi Dehidrasi

Dehidrasi berlaku apabila tubuh kita kehilangan banyak air atau tidak cukup air. Keadaan ini boleh mempengaruhi keseimbangan kadar garam, gula dan mineral dalam darah. Fungsi tubuh akan mula terganggu dan ia beri kesan negatif kepada kesihatan.


Cara Atasi Dehidrasi
Kurang air punca kepada dehidrasi


Berikut adalah  KESAN DEHIDRASI
  • Mempengaruhi prestasi fizikal normal badan.
  • Menyebabkan badan letih dan lesu.
  • Menyebabkan ketidakselesaan perut dan sembelit.
  • Mengurangkan kadar penyerapan nutrien.
  • Kekejangan.
  • Sakit kepala.
  • Rasa haus yang melampau.
  • Mulut jadi kering dan pecah.
  • Mengurangkan keanjalan kulit dan menyebabkan kulit kering. Ini kerana 30% daripada kulit kita terdiri daripada air yang membekalkan daya ketahanan, keanjalan dan seri kepada kulit.


Selalunya badan kita kehilangan cecair melalui peluh, air kencing, aktiviti fizikal, cuaca yang panas dan juga disebabkan oleh diet tertentu.

Untuk pengetahuan, apabila kehilangan atau kekurangan cecair dalam tubuh, ia menjadi penyebab hilangnya elektrolit termasuk natrium, kalium, kalsium dan magnesium yang diperlukan tubuh.


Cara Atasi Dehidrasi

Bagi mengekalkan tubuh terhidrat dengan baik, anda dinasihatkan ;

  • Saranan minum air putih 6 - 8 gelas sehari.
  • Minum air sekurang-kurangnya 500ml (2 gelas) tambahan jika bersenam.
  • Minum 1 - 2 gelas air kosong sewaktu sarapan dan di antara waktu makan.
  • Pastikan pengambilan air juga dari sumber jus, buah serta sup yang rendah lemak atau gula.
  • Pastikan air 0 sentiasa ada dibawa bersama dan minum air walaupun tidak dahaga.



Ruby juga nak syorkan minuman isotonik Performance Drink Shaklee. Bukan saja rasanya yang sedap, malah ia menyokong penghidratan yang optimum untuk anda.



Performance Drink Shaklee
Performance Drink Shaklee
minuman isotonik tanpa gas yang menyihatkan


Kebaikan Performance Drink Shaklee

Dengan OPTI-LYTE™, campuran elektrolit proprietari ditambah campuran unik karbohidrat. Didatangkan dalam 2 perisa yang dijamin enak iaitu Oren dan Lemon-Lime.

  • Mengurangkan rasa haus
  • Mengelakkan dehidrasi
  • Melembapkan kulit
  • Memberi tenaga segera kepada otot dan sel
  • Menggantikan air yang hilang
  • Mengimbangi cecair dalam tubuh badan
  • Meningkatkan daya tahan otot
  • Mengimbangi metabolisma badan supaya kekal bertenaga sepanjang hari
  • Memelihara paras gula dalam darah


Nasihat Ruby, pastikan anda ambil cecair yang mencukupi setiap hari bagi menggantikan cecair yang hilang, supaya organ dan kesihatan badan kita dapat berfungsi dengan baik ;)


Baca juga :  8 Tanda Dehidrasi


Pertanyaan dan pembelian produk Shaklee ;

Rubiah Kadir  945759
016 6696703
Continue Reading

Monday, September 7, 2020

Apa Maksud Rezeki?


Hakikat rezeki itu bukan hanya pada duit, gaji atau income semata. Namun ia merangkumi banyak perkara;

Sihat itu rezeki.
Bahagia itu rezeki.
Banyak masa itu rezeki.
Disayangi orang itu rezeki.
Tak putus-putus duit itu rezeki.
Pasangan yang memahami itu rezeki.
Kawan yang baik juga rezeki.

Dapat apa-apa pun dikira rezeki.



Dalam erti kata lain, konsep rezeki sangat meluas. Rezeki adalah apa saja nikmat yang Allah berikan dan apa jua yang kita nikmati.

Sebab, di saat kita dapat merasai sesuatu rezeki, masih ramai yang diluar sana yang tak berpeluang untuk rasa apa yang kita rasa. Beruntung kan kita?

Yang selalu sebut tak cukup itu NAFSU.

Maka jadilah kita manusia yang sentiasa bersyukur 🥰


Doa Mohon Rezeki Yang Baik
Doa Mohon Rezeki Yang Baik Untuk Kita Amalkan


Continue Reading

Thursday, September 3, 2020