Thursday, September 10, 2020

Cara Atasi Dehidrasi

Dehidrasi berlaku apabila tubuh kita kehilangan banyak air atau tidak cukup air. Keadaan ini boleh mempengaruhi keseimbangan kadar garam, gula dan mineral dalam darah. Fungsi tubuh akan mula terganggu dan ia beri kesan negatif kepada kesihatan.


Cara Atasi Dehidrasi
Kurang air punca kepada dehidrasi


Berikut adalah  KESAN DEHIDRASI
  • Mempengaruhi prestasi fizikal normal badan.
  • Menyebabkan badan letih dan lesu.
  • Menyebabkan ketidakselesaan perut dan sembelit.
  • Mengurangkan kadar penyerapan nutrien.
  • Kekejangan.
  • Sakit kepala.
  • Rasa haus yang melampau.
  • Mulut jadi kering dan pecah.
  • Mengurangkan keanjalan kulit dan menyebabkan kulit kering. Ini kerana 30% daripada kulit kita terdiri daripada air yang membekalkan daya ketahanan, keanjalan dan seri kepada kulit.


Selalunya badan kita kehilangan cecair melalui peluh, air kencing, aktiviti fizikal, cuaca yang panas dan juga disebabkan oleh diet tertentu.

Untuk pengetahuan, apabila kehilangan atau kekurangan cecair dalam tubuh, ia menjadi penyebab hilangnya elektrolit termasuk natrium, kalium, kalsium dan magnesium yang diperlukan tubuh.


Cara Atasi Dehidrasi

Bagi mengekalkan tubuh terhidrat dengan baik, anda dinasihatkan ;

  • Saranan minum air putih 6 - 8 gelas sehari.
  • Minum air sekurang-kurangnya 500ml (2 gelas) tambahan jika bersenam.
  • Minum 1 - 2 gelas air kosong sewaktu sarapan dan di antara waktu makan.
  • Pastikan pengambilan air juga dari sumber jus, buah serta sup yang rendah lemak atau gula.
  • Pastikan air 0 sentiasa ada dibawa bersama dan minum air walaupun tidak dahaga.



Ruby juga nak syorkan minuman isotonik Performance Drink Shaklee. Bukan saja rasanya yang sedap, malah ia menyokong penghidratan yang optimum untuk anda.



Performance Drink Shaklee
Performance Drink Shaklee
minuman isotonik tanpa gas yang menyihatkan


Kebaikan Performance Drink Shaklee

Dengan OPTI-LYTE™, campuran elektrolit proprietari ditambah campuran unik karbohidrat. Didatangkan dalam 2 perisa yang dijamin enak iaitu Oren dan Lemon-Lime.

  • Mengurangkan rasa haus
  • Mengelakkan dehidrasi
  • Melembapkan kulit
  • Memberi tenaga segera kepada otot dan sel
  • Menggantikan air yang hilang
  • Mengimbangi cecair dalam tubuh badan
  • Meningkatkan daya tahan otot
  • Mengimbangi metabolisma badan supaya kekal bertenaga sepanjang hari
  • Memelihara paras gula dalam darah


Nasihat Ruby, pastikan anda ambil cecair yang mencukupi setiap hari bagi menggantikan cecair yang hilang, supaya organ dan kesihatan badan kita dapat berfungsi dengan baik ;)


Baca juga :  8 Tanda Dehidrasi


Pertanyaan dan pembelian produk Shaklee ;

Rubiah Kadir  945759
016 6696703

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)