Friday, July 19, 2019

Bahaya Suntikan Vitamin C - Banyak Keburukan Dari Kebaikan

Bahaya Suntikan Vitamin C
Suntikan Vitamin C
Suntikan vitamin C yang terkenal ialah suntikan melalui saluran darah vena. Setiap ampul dikenalpasti mengandungi kandungan vitamin C yang tinggi, iaitu melebihi kadar keperluan vitamin C harian.

Suntikan ini menjadi lebih bahaya apabila dicampur dengan pelbagai bahan lain seperti glutathione, plasenta, collagen dan lain-lain.

Ada yang mendakwa suntikan yang diambil boleh mencerahkan kulit. Tidak kurang juga yang memberi sebab bahawa amalan itu untuk kesihatan badan, kerana kesan mencucuk vitamin C lebih cepat berbanding makan buah-buahan.

Menurut Pakar Estetika Dr Harith Amirizal Hariff, tiada satu kajian saintifik pun membuktikan yang suntikan vitamin C dapat mencerahkan kulit.

4 FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU tentang suntikan vitamin C yang membahayakan dan mendatangkan banyak keburukan dari kebaikan.


Suntikan Vitamin C Yang Membahayakan

1. Suntikan adalah UBAT. Bukannya kosmetik.

Semua ubat yang dipasarkan perlu berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi menjamin keselamatannya. Sehingga kini tiada produk vitamin C yang didaftarkan dan diluluskan dalam bentuk suntikan oleh KKM.

2. Menurut World Health Organisation (WHO), suntikan vitamin C sangat berbahaya, yang boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang kerana dos nya yang tinggi.

3. Sebarang bentuk suntikan hanya boleh dilakukan oleh ahli profesional kesihatan yang bertauliah. Suntikan oleh individu tak terlatih boleh mengundang risiko jangkitan kuman atau kesan advers akibat jangkitan.

4. Suntikan itu belum tentu dari sumber vitaminC yang tulen. Dan kemungkinan jarum yang di gunakan tidak bersih.

Wanita dan kecantikan sememangnya tak dapat dipisahkan. Ramai di antara kita yang mengambil suntikan kerana terlalu taasub untuk memiliki kulit licin dan putih gebu dalam masa yang singkat. Tapi sanggupkah kita berhadapan dengan segala risiko? Sedangkan kita sendiri sedia maklum akibat suntikan vitamin C tersebut.

Produk "Vitamin C Semulajadi" dari Shaklee.


SUSTAINED RELEASE VITA C PLUS

Vitamin C Shaklee

  • Shaklee menghasilkan Vitamin C PERTAMA yang berasaskan tumbuhan dengan menggunakan "Sustained Release Delivery System". Maksudnya 1 tablet Vitamin C Shaklee ini melepaskan 100mg Vitamin C setiap jam secara berperingkat selama 5 jam.
  • 1 tablet Vitamin C Shaklee bersamaan 7.5 biji buah oren.
  • Harga sebotol RM97.50 | 180 tablet. Penggunaan sehingga 6 bulan.

Info lengkap berkenaan Vitamin C Shaklee, baca selanjutnya disini : 
Kebaikan Dan Keistimewaan SR Vita C Shaklee


Berminat untuk mendapatkan produk Shaklee yang selamat ini? Anda boleh menghubungi Ruby terus di sini WhatsApp 016 6696703 atau klik sahaja gambar di bawah ya.

Rubiah Kadir


4 comments:

Maria Firdz said... REPLY

memang bahaya, doktor sendiri pun dah sahkan bahaya

Rubiah Kadir said... REPLY

@Maria Firdz

Betul kak. Bahaya. Itu yang KKM tak luluskan suntikan Vitamin C

Sha Mohamed said... REPLY

Zaman Sha kerja sebagai pembantu klinik dulu, selalu tengok orang amik suntikan vit c nie..

Rubiah Kadir said... REPLY

@Sha Mohamed

Wah. Sha ada experience. Jadinya memang ada orang yang nak cantik cara cepat tapi sebenarnya memudaratkan. Scary!

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)