Tuesday, July 23, 2019

Kelebihan Anggur Muscadine

Bila Ruby tengok gambar yang di kongsikan dalam group WhatsApp, dalam hati berkata-kata, "Biar betul, besarnya buah ni". Kalau nak tahu, inilah Anggur Muscadine. Antara 8000 jenis anggur yang ada, dia antara paling besar dan payah nak jumpa.

Anggur Muscadine
Anggur Muscadine
Beruntungnya delegasi Shaklee Malaysia yang pergi trip insentive ke US kali ini. Dapat pegang dan merasa buah Anggur Muscadine. Boleh melihat sendiri ladang anggur tersebut didepan mata.

Mereka bagitau yang rasa Anggur Muscadine ni memang tak sama langsung dengan anggur biasa yang kita selalu makan tu. Memang beza. Yang ini manis dan sangat-sangat sedap kata mereka. Isi anggur pula pejal dan kenyal.







Perbezaan saiz anggur muscadine dengan anggur biasa
Untuk pengetahuan, anggur ini boleh mencapai saiz sebesar bola golf. Ayuh kita lihat apa keunikan dan kelebihan yang ada pada anggur Muscadine.

1. Kulit dan biji yang tebal berbanding anggur biasa

  •  Kaya dengan antioksida. Mengandungi 6 hingga 8 kali lebih banyak antioksida daripada beri biru.
  •  Ciri uniknya menjadikan anggur ini lebih tahan terhadap serangga perosak. Dan boleh hidup dalam keadaan panas dan berpasir.

2. Ada lebih kromosom 
  • Anggur Muscadine ada 20 kromosom manakala anggur biasa cuma 19 kromoso kromosom. Tambahan kromosom yang unik, membolehkan anggur ini menghasilkan jumlah asid ellagik yang tertinggi.
  • Asid ellagik sejenis polifenol, bertindak sebagai anti virus, anti bakteria dan anti radang yang berkuasa.

3. Kandungan polifenol yang tinggi ( Sumber Antioksidan Yang Hebat)
  • Meningkatkan pengeluaran tenaga.
  • Menggalakkan kulit yang lebih muda dan sihat.
  • Mengawal tekanan darah dan tahap glukosa yang sihat.
  • Mengekalkan kesihatan sel.

Vivix Shaklee mengandungi biji, kulit dan isi buah Anggur Muscadine. Minuman botani yang kaya dengan sumber polifenol, didapati berkesan untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Ketahui juga : 
4 Ramuan Semulajadi Vivix
Kulit Jadi Flawless Asbab Vivix

Siapa nak rasa anggur Muscadine dalam Vivix? Bolehlah grab Twin Pack Vivix yang tengah promosi :)

Vivix Promosi Jom Shaklee
Diskaun 10% dari HARGA AHLI
Dalam promosi ini ada 2 botol Vivix. Biasanya set ini berharga RM 760 untuk ahli atau RM 950 untuk bukan ahli Shaklee. Istimewa untuk anda, ianya cuma RM 684 all in!
  • FREE MEMBERSHIP  RM65
  • FREE POS                    RM10
  • CASH REBATE            RM34.20
  • FREE PAPERBAG
TOTAL PENJIMATAN = RM 375.20

Untuk sebarang belian atau info, boleh WhatsApp disini : Ruby 016 6696703

2 comments:

Sunah Sakura said...

mak aiii besar gilerr ek anggur tu! pernah jumpa anggur yang kecik gilerr macam blueberry aje...yang ni besar gedabak pulak...banyak khasiatnya ye

Rubiah Kadir said...

@Sunah Sakura

Aah. Besar yang muscadine ni SS. Ada jual di KlCC rasanya. Harganya pun sebiji boleh cecah Rm100 kalau tak silap :)

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)