Wednesday, August 7, 2019

Kenali 10 Pencuci Muka Mengikut Jenis Kulit

Pencuci muka merupakan salah satu produk yang sangat penting dalam rutin penjagaan kulit wajah. Membersihkan wajah perlu dilakukan setiap hari kerana kulit kita sering terdedah dengan persekitaran.

Kenapa pencuci muka itu penting ?
  • Untuk membersihkan kotoran, peluh dan solekan (supaya kulit kita boleh bernafas selepas dicuci)
  • Untuk membaiki dan memperbaharui sel-sel kulit
  • Sebagai langkah pertama dan mempersiapkan kulit untuk langkah penjagaan yang seterusnya (toner, serum, moisturizer)

Pencuci Muka Yang Sesuai Mengikut Jenis Kulit 

Terdapat begitu banyak pilihan pencuci muka di pasaran. Jadi kita perlulah memilih pencuci muka yang bersesuaian dan sepadan dengan jenis kulit kita, dan ia mampu melakukan tugasnya. Berikut adalah jenis-jenis pencuci muka mengikut jenis kulit seseorang.


Pencuci Muka jenis Gel
1. Pencuci Muka Jenis Gel
Memaparkan rasa buih yang sangat bersih dan sentuhan lembut krim.
Ia membersih sehingga ke dalam kulit. Berkesan untuk menyerap minyak berlebihan dan kotoran dari liang pori yang tersumbat.

Sesuai untuk : Kulit Normal, Kombinasi dan Berminyak.

Pencuci Muka Jenis Minyak
2. Pencuci Muka Jenis Minyak
Bekerja secara minyak menarik minyak. Menyerap kotoran tanpa mengeringkan kulit. Ia memberi nutrien kepada kulit wajah.

Sesuai untuk : Kulit Kering dan Sensitif.


Pencuci Muka Jenis Krim
3. Pencuci Muka Jenis Krim
Tesktur pekat dan berkrim untuk membersihkan kulit tanpa menyingkirkan minyak semulajadi.

Sesuai untuk : Kulit Kering dan Sensitif.


Pencuci Muka Jenis Buih
4. Pencuci Muka Jenis Buih
Bermula sebagai krim dan berubah menjadi buih untuk menyingkirkan minyak berlebihan. Ia boleh menjadi sedikit keras dan mengeringkan kulit.

Sesuai untuk : Kulit Beminyak dan Kombinasi


Pencuci Muka Jenis Susu
5. Pencuci Muka Jenis Susu
Membersih hingga ke dalam dan menghidrat kulit tetapi tidak disyorkan untuk membersih solekan.

Sesuai untuk : Kulit Kering dan Sensitif


Pencuci Muka Jenis Tanah Liat
6. Pencuci Muka Jenis Tanah Liat
Membersihkan kulit dengan mengeluarkan minyak dan toksin yang berlebihan dari liang pori.

Sesuai untuk : Kulit Berminyak dan Kombinasi


Pencuci Muka Jenis Micellar
7. Pencuci Muka Jenis Micellar
Mengandungi molekul minyak kecil terkandung dalam air lembut untuk menyingkirkan minyak, toksin dan kotoran. Tidak memerlukan pembilasan.

Sesuai untuk : Kulit Kering dan Sensitif


Pencuci Muka Jenis Serbuk
8. Pencuci Muka Jenis Serbuk
Lembut pada kulit apa kering dan berubah menjadi krim selepas bersentuhan dengan air. Ia membersih sambil menghaluskan kulit dengan lembut.

Sesuai untuk : Kulit Berminyak dan Sensitif


Pencuci Muka Jenis Pengelupasan
9. Pencuci Muka Jenis Pengelupasan 
Membersih hingga ke dalam. Mengelupas dan menghilangkan solekan dengan teliti. Tidak disarankan untuk penggunaan harian.

Sesuai untuk semua jenis kulit KECUALI kulit sensitif dan sangat kering.


Pencuci Muka Jenis Sabun
10. Pencuci Muka Jenis Sabun
Tahap PH yang mesra kulit. Tinggi bahan-bahan pelembap seperti glicerin dan minyak pati.

Sesuai untuk : Kulit Berminyak dan Kombinasi


Ruby nak tanya, dalam 10 jenis pencuci muka yang tersenarai, mana satu yang sesuai dengan kulit muka korang? Ruby harap entry kali ini dapat membantu korang untuk memilih pencuci muka yang betul. JANGAN SALAH PILIH, KESIAN KULIT MUKA KITA.


YOUTH LUMINOUS GEL OIL CLEANSER

Pencuci muka jenis GEL + MINYAK. Kombinasi unik untuk kulit yang sihat. Sesuai untuk semua jenis kulit.

Gel 》 Kulit Normal, Kombinasi dan Berminyak
Minyak 》 Kulit Kering dan Sensitif

Youth Luminous Gel Oil Cleanser



11 Kebaikan Pencuci Muka Luminous Gel Oil Cleanser 
  • rasa segar selepas mencuci
  • membersihkan sel kulit mati
  • pembersihan secara mendalam pada kulit
  • menyingkirkan penyumbatan liang pori
  • menyerap kotoran
  • tidak mengeringkan kulit
  • menghalang kolagen dan elastin dari kerosakan
  • melindungi kulit
  • menanggalkan solekan dengan lembut
  • menghaluskan dan melembapkan kulit
  • menyuci dan mempersiapkan kulit untuk langkah penjagaan kulit yang berikutnya

Harga Runcit untuk 1 tiub cleanser Shaklee  :  RM193.75 | 125 ML

Pencuci Muka Youth Luminous Gel Oil Cleanser
Pencuci Muka Yang Sesuai
Untuk Semua Jenis Kulit

Berapa lama tempoh penggunaan ?
Mengikut pengalaman Ruby sendiri yang menggunakan cleanser ini, ia mampu bertahan sehingga 8 bulan. Ada juga pengguna yang menggunakannya lebih dari tempoh tersebut.

Bergantung pada berapa banyak yang kita picit ketika mencuci muka. Banyak picit, cepatlah habis. Hehe. Cadangan ketika mencuci cuma "sebesar saiz kacang peas" saja.

Hanya perlu laburkan sekitar Rm24 sebulan! Ianya sangat berbaloi kerana pencuci muka ini mengandungi bahan semulajadi seperti anggur muscadine, alga hijau, minyak avokado. Yang istimewanya, Youth Skincare Shaklee bebas dari 1500 bahan berbahaya, bendasing dan perosak yang merosakkan kulit.

Lihat juga : Koleksi Testimoni Pengguna Youth

Sebarang pertanyaan, konsultansi atau belian boleh berhubung terus dengan Ruby di talian WhatsApp 0166696703

25 comments:

norhidana said...

ooohhh baru tahu ada pencuci muka yg tak sesuai utk muka kita yek, nice share

Vitamin Syaza (VS) said...

Tips menarik ni kak Ruby 😊

Mohd Zarin said...

Tak sangka info ni sangat membantu sebab kalau tak kita main pakai je apa-apa pencuci muka. Terima kasih untuk perkongian ni

Julia Mahir said...

julia kalau pencuci mmg suka jenis milky. paling x leh pakai jenis foam, nnt kulit jd kering pulak.

juju zinlai said...

nice sharing. banyak ilmu dapat. alhamdulillah. terima kasih. kalau tak ada ilmu biasa orang main bantai je kan. ilmu macam ni biasanya yang share bukan orang biasa-biasa ni 😋

Aerill Hassan said...

Wah ilmu baru ni. Selalu pgi kedai main ambik je pencuci muka yg mana nampak. Haha adoiu, nampak ya nk kena kenal pasti dulu situasi kulit muka. Terima kasih ya share

Ana Suhana said...

Banyak rupanya jenis2 pencuci muka ni. Yang biasa kak ana guna yang jenis gel. Tp baru2 ni try yang jenis buih. Best juga. Tp mcm cepat habis lak.

adianiez AIDA said...

now aida punyer is no 4.
utk 40-an ke atas. so far so good lah. sesuai alhamdulillah.
wah, harga lebih kurang produk aida guna sekarang la.
sama.
tahan lebih kurang 5-6 bulan.
memang bagus. mahal tapi tahan lama, kan :)

Raz said...

x pernah pakai yang serbuk

Fadima Mooneira said...

Yeah! I am using milky cleanser.

Bella Jamal said...

Selalu pakai je mana yang berkenan di hati walaupun tahu sepatutnya ikut jenis kulit wajah. Pencuci Muka Jenis Tanah Liat dan pengelupasan tu je belum pernah cuba dan dengar. Sekarang guna jenis Gel.

Mahamahu said...

Kita rasa kulit muka kita sesuai yang Pencuci Muka Jenis Micellar sebab muka kita berminyak dan juga mudah tubuh jerawat manja gituwww hehehehehe...

Bonda Chanteq said...

Wahh bagus laa produk ni...boleh juga BC cuba...mana tau kalau2 sesuai dgn kulit BC kan...

Alia Farhan said...

Saya mmg kena pakai jenis gel... Kalau tak nnt lagi berminyak... Selalu t zone la yg teruk ya.. Lain OK ja

SuperMamy Syu said...

Tak tau pulak Syu yang pencuci muka ada sampai 10 jenis. Yg syu tahu oil cleanser, milk cleanser, foam cleanser je.

Azreen Sofia said...

Banyaknyaaaa. I tahu tapi macam tak ambil tahu each one of it xD

AZ .Com said...

Perkongsian yg menarik.. Teruskan menulis!

Atul Hamid said...

Baru tahu banyak rupanya jenis pencuci muka ni sebenarnya. Thanks kongsikan entry ni ruby.

Wajib tahu jenis kulit dulu baru mudah nak beli jenis pencuci muka yang mana 1, kalau abaikan ni, nanti kulit pulak tak serasi takut lain pulak jadinya kan?

budakbandunglaici said...

baru tahu ada banyak jenis. ingatkan ada satu dua jenis ni. yelah masing-masing mesti ada spesefik target untuk kulit muka berbeza ya. BBL paling suka jenis foam tapi susah nak cari cleanser jenis foam kat drug store

hayati suki said...

baru tahu ada banyak jenis pencuci muka. nice sharing sis ruby :-)

Zayani Zulkiffli said...

Saya sendiri pun ada 2 jenis pencuci muka yang saya pakai. Satu untuk siang buang makeup and satu untuk sebelum tidur.

aliah syafiqah said...

suka cleanser jenis buih! baru puas hati

Sunshine Kelly said...

Thanks for the tips, i have dry skin so i usually use cream cleanser.

Mouse Mommy Treats said...

Suka jenis micellar water, memang dapat mencuci kulit kami dengan bersih dan tiada masalah kulit.

Mahfuzah Abd Salam said...

Pestime tau ada jenis serbuk.

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)