Wednesday, September 4, 2019

14 Soalan Lazim Tentang Vivix Shaklee

Vivix mengungguli carta No 1 daripada TOP 10 produk Shaklee yang paling laris dijual. Jadi kali ini, Ruby nak berkongsi 14 FAQ atau soalan lazim tentang Vivix.

14 FAQ Tentang Vivix Shaklee
14 FAQ Tentang Vivix Shaklee

Soalan 1 : Apa itu Vivix ?

Jawapan : Minuman botani lazat yang mengandungi  campuran botani  Anggur Muscadine, Ekstrak Elderberi Eropah, Ekstrak Knotweed Jepun dan Ekstrak Lobak Ungu.


Soalan 2 : Apakah yang membuatkan minuman Vivix ini berbeza dengan produk yang lain ?

Jawapan : Kemajuan sains kami dan campuran proprietari berasaskan buah anggur muscadine - salah satu daripada buah yang paling jarang didapati dan tahan lasak. Anggur muscadine mengandungi polifenol lengkap yang tidak terdapat pada anggur lain.

Tidak seperti anggur lain, muscadine mempunyai kepekatan asid elagik dan elagitanin yang lebih baik, apabila digabungkan dengan polifenol lain akan menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Di Shaklee, kami memanfaatkan kelebihan anggur muscadine dalam setiap botol Vivix menggunakan proses pengekstrakan yang dipatenkan yang menumpukan dan mengekalkan kandungan bioaktif polifenol.


Soalan 3 : Siapakah yang boleh minum Vivix ini ?

Jawapan : Vivix direka khas untuk orang dewasa yang mementingkan kesihatan penuaan secara sihat dan kesejahteraan. Vivix tidak disarankan bagi wanita hamil atau menyusui atau sesiapa yang berumur 18 tahun ke bawah.


Soalan 4 : Berapa banyak Vivix boleh diambil setiap hari ?

Jawapan : 1 sudu teh sehari.


Soalan 5 : Apa yang membuatkan Anggur Muscadine berbeza dengan anggur yang lain ?

Jawapan : Anggur Muscadine adalah salah satu anggur yang paling jarang ditemui, anggur yang tahan lasak dengan profil polifenol unik yang menawarkan beberapa manfaat kesihatan.

Anggur Muscadine Dalam Vivix Shaklee

Tidak seperti anggur yang lain, Anggur Muscadine mempunyau kepekatan asid elagik dan elagitanin yang tinggi, apabila digabungkan dengan polifenol anggur muscadine yang lain, menghasilkan antioksidan yang berkuasa.

Anggur Muscadine juga boleh membiak dalam persekitaran yang bahaya, profil fenolik mereka memberikan perlindungan tambahan terhadap bakteria, kulat, yis, kamarau, kelembapan yang berlebihan dan suhu yang melampau, sementara anggur lain mudah rosak dalam persekitaran seperti ini.


Soalan 6 : Apa itu Polifenol ?

Jawapan : Istilah polifenol digunakan untuk menggambarkan sekumpulan sebatian semulajadi yang ditemui sebahagian besarnya dalam buah-buahan, buah beri dan sayuran yang mempunyai manfaat Antioksida dan potensi kesan perlindungan terhadap sel penuaan. Malah penemuan baru menunjukkan bahawa polifenol boleh memberikan pelbagai kesan biologi terhadap kesihatan manusia.

Kebaikan Polifenol
Kebaikan Polifenol


Soalan 7 : Bilakah saya harus mengambil Vivix ?

Jawapan : Ambil Vivix setiap hari. Sebaik-baiknya dengan hidangan seperti sarapan pagi atau makan tengahari. Goncangkan dahulu sebelum mengambil hidangan yang disyorkan 1 sudu teh setiap hari.


Soalan 8 : Bolehkah saya mengambil lebih 1 sudu teh Vivix sehari ?

Jawapan : Menurut penyelidikan terkini, tidak terdapat manfaat tambahan daripada mengambil lebih daripada hidangan yang disyorkan 1 sudu teh sehari.


Soalan 9 : Bolehkah saya ambil Vivix bersama supplement Shaklee yang lain ?

Jawapan : Vivix boleh diambil bersama semua makanan tambahan Shaklee. Secara idealnya, Vivix akan diambil bersama Vitalea Iron Plus, B Complex, dan Omega Guars untuk melengkapkan keperluan pemakanan harian anda.

Penggunaan semua nutrien penting ini bersama-sama polifenol dalam Vivix, memberikan spektrum nutrisi yang meluas ke seluruh tubuh anda dan menyediakan asas untuk kehidupan yang lebih lama dan sihat.


Soalan 10 : Adakah terdapat langkah berjaga-jaga ?

Jawapan : Tidak ada interaksi yang diketahui antara Vivix atau mana-mana ramuannya dan makanan tambahan yang lain.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kami mengesyorkan agar seseorang yang berada dibawah jagaan doktor dalam keadaan perubatan atau penyakit, atau yang mengambil preskripsi ubat terutama ubat cair darah hendaklah membincangkan penggunaan Vivix dengan penjaga kesihatan profesional mereka.


Soalan 11 : Adakah Vivix mengandungi Alkohol ?

Jawapan : Vivix tidak mengandungi alkohol


Soalan 12 : Adakah Vivix disahkan halal ?

Jawapan : Ya, Vivix diiktiraf Halal oleh Islamic Services of America (ISA), badan pensijilan halal asing yang diiktiraf oleh JAKIM.


Soalan 13 : Adakah Vivix didaftarkan dibawah NPRA (Badan Pengawalseliaan Farmaseutikal Kebangsaan ?

Jawapan : Tidak. Produk ini diklasifikasikan sebagai makanan dan berada di bawah seliaan Jabatan Keselamatan dan Kualiti Makanan Malaysia (FSQD)


Soalan 14 : Kenapa perlu saya simpan Vivix didalam peti sejuk selepas dibuka ?

Jawapan : Penyejukan selepas dibuka akan membantu mengekalkan kesegaran, warna dan bahan aktif yang optimum dalam produk.


Sumber Info : Master Amir dari Maestro


Sebarang pertanyaan, info mahupun belian berkaitan produk-produk Shaklee, boleh hubungi Ruby di talian  WhatsApp Disini  atau klik saja pada gambar





3 comments:

norhidana said...

pernah minum vivix nih, rasanya mmg sedap masam2 manis...

Jari Manis said...

Semoga bisness ruby semakin success ye

Unknown said...

Sedap vivix tu.. Byk manfaat dia, zu mkn 2 botol berterusan lps operate kepala. Kurang dh rabun mata n hilang sakit sendi. Alergi pun turut hilang tau x ruby hihi.. Terima kasih sbb pkenalkn vivix. Berbaloi sgt mencuba. Semoga Ruby murah rezeki selalu. Zu nk beli lg tp vivix tu memg mahal huhu

Post a Comment

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)