Thursday, September 19, 2019

Set Menyusu Shaklee (Kebaikan, Harga Dan Testimoni)

Tiada yang lebih mengembirakan hati seorang ibu apabila dapat menyusukan anak yang dilahirkan dengan susu badan sendiri. Susu ibu memberi banyak kebaikan kepada bayi.
Kebaikan Menyusu Untuk Bayi
Kebaikan Menyusu Untuk Bayi

Perjalanan penyusuan/breastfeeding buk8anlah mudah seperti yang disangkakan. Banyak ilmu, pengorbanan dan juga kesabaran yang perlu ibu-ibu lakukan bagi menjayakan misi ini. Ramai ibu yang kecundang, terutamanya selepas kelahiran dengan alasan susu tidak ada atau susu tidak banyak.

Pengalaman Ruby sendiri ketika anak pertama, Ruby gagal menyusukan anak disebabkan kurangnya ilmu dan kesedaran mengenai penyusuan. Alhamdulillah, untuk anak yang kedua, ketiga dan ke 4 ( yang kini berusia 2 tahun 6 bulan, Sept 2019) diberi susu badan.


Kepentingan Nutrisi Untuk Bayi dan Ibu Menyusu

Sekarang amnya, untuk seseorang ibu menghasilkan susu ibu yang banyak, tubuh ibu terlebih dahulu haruslah sihat dan mendapat cukup nutrisi yang berkhasiat.


Dengan itu, perkembangan dan kesihatan bayi juga terpelihara. Berikut adalah 7 nutrisi penting untuk bayi dan ibu yang menyusu ;



Nutrisi Untuk Bayi Dan Ibu Yang Menyusu
Nutrisi Untuk Bayi Dan Ibu Yang Menyusu

Zat besi
-  Menyokong penghasilan sel darah merah bagi ibu dan bayi.
-  Menyokong perkembangan optimun otak dan tingkah laku bayi.

Vitamin C
-  Bertindak sebagai antioksida dan menyokong penghasilan imun.
-  Meningkatkan keupayaan sistem imun melawan penyakit.

Vitamin B
-  Menyokong kesihatan koordinasi di antara otak dan pergerakan bayi.

Kalsium
- Menambah simpanan kalsium untuk menggalakkan tulang rapuh semasa penyusuan.
-  Membina tulang dan gigi yang kuat untuk bayi.

Protein
-  Membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan bayi.
-  Mengaktifkan sistem imun.

Omega 3
-  Menyokong perkembangan mata, otak dan sistem saraf.

Alfafa
-  Menyokong penghasilan susu ibu secara semulajadi.


Boleh ke Ibu-Ibu pastikan yang kesemua keperluan nutrisi di atas di ambil secara konsisten setiap hari dalam pemakanan harian? Kalau Ruby memang tak mampu dan masa juga terhad nak sediakan makanan.


Set Menyusu Shaklee

Set Menyusu Shaklee membekalkan nutrisi lengkap kepada bayi dan Ibu yang menyusu dan mencukupkan nutrisi kepaa Ibu(yang kekurangan akibat pemakanan Ibu yang tidak cukup khasiat).

Dengan itu jadi ibu lebih sihat, bertenaga dan kurang stress. Ibu menyusu ni cepat penat/letih. Belikat sakit-sakit, fuhhh.

Apabila tubuh si Ibu fit, nilah yang membantu badan ibu menghasilkan susu yang mencukupi buat bayi!

Set Menyusu Shaklee
Set Menyusu Shaklee

1. VITALEA Multivitamin dengan Zat Besi
  • Setiap hidangan memberi 28 jenis vitamin penting dan mineral kritikal.
  • Diformulasikan dengan sistem pengangkutan mikrosalutan berpaten untuk memastikan penyerapan yang asid folik.
  • Membekalkan tubuh ibu dengan nutrien yang diperlukan agar ibu sentiasa sihat, cergas dan bertenaga.


2. B COMPLEX
  • Lengkap dengan kesemua 8 jenis vitamin B.
  • Diformulasikan dengan sistem penyerapan bioaktif berpaten.
  • Setiap ibu menyusu memerlukan vitamin B untuk metabolisme, menukarkan makanan kepada tenaga, meningkatkan sistem pertahanan badan.
  • Membantu mengawal stress akibat kepenatan dan bertindak sebagai penenang untuk emosi yang lebih stabil.


  • Produk semulajadi yang diekstrak dari sumber jagung.
  • Membekalkan 500mg Vitamin C dalam masa 5 jam.
  • Kaya dengan 120mg  Bioflavonoid Sitrus.
  •  Membantu menguatkan sistem imuniti badan dan pembentukan kolagen supaya kulit ibu lebih cantik dan sihat.


4.  OSTEMATRIX
  • Diformulasikan khas dengan campuran 7 nutrient penting termasuklah kalsium, Vitamin D, Zink, Magnesium, Boron, Mangan dan Kuprum.
  • Mudah ditelan dan diuji secara klinikal.
  • Komposisi vitamin yang tinggi dalam susu ibu adalah kalsium. Kalsium penting untuk membina darah, tulang, gigi dan saraf dalam tubuh manusia.
  • Ostematrix membantu menampung kembali kalsium dalam tubuh ibu yAng telah diserap oleh bayi ketika menyusu.
  • Ostematrix juga mencegah kemeruduman susu badan untuk ibu-ibu yang sedang menstrual (period) kekurangan kalsium yang kritikal di saat badan mengeluarkan darah period.


5.  ALFAFA COMPLEX
  •  Raja segala tumbuhan, sumber mikronutrien yang paling kaya.
  • Alfafa dikenali sebagai fungsi galaktagog (bahan yang membantu meningkatkan penghasilan susu ibu dengan merangsang tisu payudara dan bekalan susu).
  • Alfalfa dapat membantu meningkatkan imunisasi, mengandungi kalsium dan bagi ibu-ibu yang menyusu ia sangat membantu mempercepatkan penghasilan susu ibu/milkbooster.
  •  Alfalfa juga bertindak sebagai penyahtoksin badan dan membantu dalam hal kewanitaan termasuklah menyelesaikan masalah keputihan dan bertindak seperti kacip fatimah


6.  ENERGIZING SOY PROTEIN - ESP
  • Antara komposisi vitamin utama dalam susu ibu juga ialah protein. Apabila tubuh ibu cukup dengan keperluan protein, secara langsung susu yang dihasilkankn pekat dan banyak.
  • ESP berfungsi mengekalkan pertumbuhan normal dan pemeliharaan tisu, di samping menjadi sumber tenaga kepada ibu menyusu.
  • ESP dari soya NON GMO. Indeks GI yang rendah. Membekalkan 14gram protein/hidangan.


7.  OMEGA GUARD
  • Membekalkan spektrum lengkap 7 asid lemak perlu Omega 3 yang tulen, kurang rasa serta bau hanyir.
  • Mengurangkan risiko kemurungan si Ibu lepas bersalin.
  • Menyokong perkembangan mata, otak dan sistem saraf bayi.


Harga Set Menyusu Shaklee

1.  VITALEA                       
RM93.75   | 120 biji 
2 bulan penggunaan


2.  B COMPLEX                
RM 58.75  | 120 biji
4 bulan penggunaan


3.  VITA C PLUS                
RM97.50   | 180 biji  
3-6 bulan penggunaan


4. OSTEMATRIX               
RM61.25   | 120 biji   
Sebulan penggunaan



5. ALFAFA COMPLEX      
Kecil   | RM57.50   | 330 biji   
2 bulan penggunaan

Besar  | RM102.50  | 700 biji
4-5 bulan penggunaan


6. ESP                  
RM161.25  | 850 gram
2 bulan penggunaan


7. OMEGA GUARD         
 RM136.25  | 90 biji    
 1-2 bulan penggunaan


Testimoni Set Menyusu Shaklee
Testimoni Set Menyusu Shaklee - Puan Farah.
Produk Shakles menyokong perjalanan penyusuan beliau.


Testimoni Set Menyusu Shaklee - Puan Shareen.
Berjaya menyusukan anak sehingga usia 18bulan.


Untuk mendapatkan harga yang lebih jimat. Ruby syorkan korang terus mendaftar sebagai ahli.

Penjimatan sehingga 15-25% bagi setiap produk. Silap haribulan boleh dapat bonus (cash rebate) tau. Dengan hanya menambah yuran pendaftaran bernilai RM75.00 anda layak untuk menikmati kelebihan sebagai ahli shaklee.

Sebarang pertanyaan, konsultansi atau belian boleh berhubung terus dengan Ruby
di talian WhatsApp 0166696703