24 December 2019

Kesan Buruk Picit Jerawat

Siapa yang ada habit suka picit jerawat? Ruby faham, mesti rasa tak selesa bila jerawat muncul pada kulit muka. Lagi-lagi masa kita tengok cermin. Mulalah tangan tak duduk diam, gatal nak picit jerawat tu kan.

Mungkin pada anggapan kita, lepas dah settle kerja memicit. Isi jerawat dah keluar, maka ‘mati’lah jerawat tu nanti. Tapi sebaliknya keadaan jadi semakin teruk.

Baca juga :  Bagaimana Jerawat Boleh Timbul?

Kesan Buruk Picit Jerawat
Kesan Buruk Picit Jerawat

Seeloknya, jangan picit. Biarkan saja. Mari kita lihat apa kesan buruk apabila kita suka memicit jerawat.



Kesan Buruk Picit Jerawat

Kesan Buruk Picit Jerawat


1.  Jerawat menjadi semakin merah, sakit dan besar !

Dalam sehari macam-macam yang kita sentuh dan pegang. Sebab itulah kita tidak digalakkan untuk memicit jerawat. Takut kuman atau bakteria pada jari tersebut mula merebak ke dalam jerawat yang dipicit tadi. Akibatnya jerawat semakin merah dan sakit.


2.  Risiko jerawat baru akan tumbuh di tempat lain pula.

Mungkin anda nak cuba untuk mengeluarkan nanah atau minyak pada jerawat tersebut, tapi dalam masa yang sama kuman mula tersebar masuk jauh lebih dalam ke bawah kulit. Akhirnya jerawat yang sedikit mula bertambah menjadi banyak.


3.  Tinggalkan kesan parut hitam yang hodoh.

Menurut pakar kulit, radang teruk boleh berlaku pada kawasan kulit selepas anda memecahkan jerawat. Mungkin akan mengambil masa yang lama untuk kesan parut akibat memicit jerawat itu pudar dan hilang.

Kesan Buruk Picit Jerawat
Kesan Buruk Akibat Memicit Jerawat.
Parut Hitam Dan Kulit Tidak Sekata

4.  Kulit mungkin menjadi radang dan bengkak.

Kulit bahagian jerawat yang baru dipicit akan terasa bengkak dan pedih. Anda boleh membalut ketulan ais pada tisu untuk dituam pada kawasan tersebut untuk mengurangkan bengkak.


5.  Punca kepada tona kulit tidak sekata.

Kulit wajah adalah kawasan yang paling nipis dan sensitif. Jika anda picit jerawat dengan menekan terlalu kuat, kulit boleh jadi lebam-lebam merah. Lebam tersebut akan buat kulit anda nampak tidak sekata.

Ada wanita yang suka menggunakan solekan/make up bagi menutup kesan jerawat yang mereka hadapi. Bagi Ruby, ini bukanlah penyelesaian terbaik. Bahan solekan itu akan menutupi lubang-lubang jerawat kesan daripada jerawat yang di picit. Kulit tidak boleh bernafas, kemungkinan jerawat boleh menjadi teruk.

Jadi mulai hari ini, berhenti dari picit jerawat sendiri tau ;)


Dah baca?

5 Jenis Jerawat Yang Kita Tak Tahu

Cara Mengatasi Jerawat Dengan Berkesan

Vitamin Shaklee Untuk Jerawat


12 comments:

  1. suke juge picit jerawat ni.. nikmat dia bile dapat tengok isi jerawat yang dipicit tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Betul tu, suka tengok isi jerawat yang mcm nasi tu.

      Lepas geram ðŸĪĢ

      Delete
  2. Picit jerawat feberet kak shima haha. Tapi bila tgk muka penuh ngan parut, barulah insoff 😅😅

    ReplyDelete
  3. Memang tangan ni selalu ringan je nak picit jerawat :)

    ReplyDelete
  4. setuju dengan point yang ruby tulis tu.. seram oo bila dah kena dengan diri sendiri..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ruby pun ada pengalaman picit jerawat lepas tu jerawat makin teruk dulu. Hehe

      Delete
  5. Kalau picit jerawat setakat tinggal parut hitam ok lagi. Yg sengsara bila jadi bekas jerawat berkawah. Menangis 😭

    ReplyDelete
  6. serik dah picit2 jerawat ni. 😭😭😭 kesannya berpanjangan

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)