Wednesday, January 8, 2020

Lemak Baik Pun Ada? Mari Kenali Asid Lemak Omega 3

Bila bercakap pasal 'lemak', mesti anggapan kita ianya tidak baik untuk kesihatan kita. Untuk pengetahuan anda, dalam banyak-banyak lemak yang ada, ada satu yang kita tak boleh kurangkan, iaitu asid lemak Omega 3 - lemak yang paling sihat di antara semua lemak.


Tubuh kita tak mampu nak menghasilkannya sendiri, jadi kita perlu mengambil sumber Omega 3 melalui pemakanan harian ataupun supplemen tambahan.

Asid Lemak Omega 3
Asid Lemak Omega 3

Berikut adalah sumber Omega 3 ;
  • Ikan salmon
  • Ikan sardin
  • Bayam
  • Tiram
  • Chia seed
  • Kacang soya dan lain-lain

Sumber Omega 3 yang terbaik adalah dari ikan laut dalam.

Dua jenis Omega 3 yang utama adalah EPA dan DHA. Ia memberi banyak manfaat untuk kesihatan dan menyokong fungsi tubuh manusia.

Untuk kesihatan yang baik, kita disarankan untuk mengambil 250 sehingga 500mg Omega 3 setiap hari.


Kebaikan Asid Lemak Omega 3

Asid Lemak Omega 3
Omega 3 banyak memberi manfaat
kepada fungsi tubuh manusia

#Omega 3 Untuk Jantung Sihat
  • Mengekalkan kadar LDL (kolesterol baik) dan membaiki HDL (kolestrol jahat).
  • Merendahkan tekanan darah dan triglicerida.
  • Mengurangkan sakit jantung.
  • Melancarkan pengaliran darah.


#Omega 3 Untuk Otak Dan Mata

DHA merangkumi 40-50% tisu otak dan 60% tisu mata.
  • Mengekalkan kesihatan minda.
  • Membaiki fokus, warna, anggapan dan jelas penglihatan.
  • Meningkatkan kesihatan penglihatan.
  • Memperbaiki fungsi kognitif dan perasaan.
  • Mengawal paras kortisol iaitu hormon stress. Ia membantu meningkatkan mood yang lebih baik.


#Omega 3 Untuk Alergik
  • Mengurangkan alergik makanan dan alergik kulit seperti gatal-gatal dan ekzema.
  • Melindungi daripada simptom asthma dan jangkitan sinus.


#Omega 3 Untuk Tulang Dan Sendi
  • Mengurangkan keradangan/iflamansi
  • Mengurangkan sakit sendi, kebas sendi dan sakir lutut.
  • Membaiki ketumpatan tulang.
  • Sebagai pelincir untuk semulajadi untuk memudahkan pergerakan.


#Omega 3 Untuk Kulit
  • Mengurangkan kekeringan kulit.
  • Membaiki masalah keradangan kulit seperti jerawat.


#Omega 3 Untuk Ibu Hamil, Menyusu Dan Berpantang
  • Menyokong perkembangan otak dan mata bayi.
  • Kajian terbaru menunjukkan pengambilan Omega 3 semasa bulan-bulan terakhir kehamilan boleh meningkatkan sensori, kognitif dan motor bayi.
  • Mengurangkan risiko kemurungan postpartum.


#Omega 3 Untuk Kesihatan Imun
  • Meningkatkan fungsi sel B.
  • EPA dan DHA meningkatkan fungsi sel putih untuk menghasilkan antibodi, menghalang jangkitan dan virus untuk meningkatkan sistem imun anda.


#Omega 3 Untuk Sperma
  • Memainkan peranan penting dalam badan sebagai komponen fosfolipid yang membentuk membran sel termasuk sel sperma.


#Omega 3 Untuk Kurus
  • Memberi rasa kenyang.
  • Meningkatkan metabolisma.
  • Membakar lebih kalori.
  • Mengempiskan perut.
  • Melancarkan aliran darah.

Baca lebih lanjut 》  Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus


#Omega 3 Untuk Kanak-Kanak
  • Kanak-kanak yang berumur 0 hingga 6 tahun sangat memerlukan Omega 3. Pertumbuhan otak yang pintar memerlukan makanan yang tinggi asid lemak Omega 3, DHA dan EPA.
  • Bagus untuk masalah ekzema di kalangan kanak-kanak.
  • Membantu fokus untuk pembelajaran dan memori.
  • Elok untuk kanak-kanak yang hyperactive.

Banyak betul kebaikan Omega 3 untuk kesihatan kita, kan. Oleh itu, kita seharusnya tidak mengabaikan keperluan asid lemak yang satu ini dalam kehidupan harian ;)

Omega Guard Shaklee mengandungi asid lemak perlu
Omega 3 dengan ketulenan tinggi tanpa bahan logam berbahaya


Baca juga :   Omega Guard - Keistimewaan, Kebaikan & Testimoni

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)