Saturday, January 4, 2020

Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus

Puas dah mencuba macam-macam cara untuk turunkan berat badan? Perut masih lagi buncit dan bertingkat-tingkat. Apakata anda cari solusi dengan Asid Lemak Omega 3. Ehh, lemak pun boleh buat kita kurus ke? Sebelum tu, mari Ruby share apa sebenarnya  Omega 3.

Apa itu Omega 3?
Merupakan asid lemak perlu yang sihat atau "baik". Sayangnya ia tidak boleh di hasilkan oleh tubuh badan kita. Jadi untuk mendapatkan sumber Omega 3, kita perlu mengambilnya melalui pemakanan ataupun supplemen tambahan minyak ikan.

Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus
Betul ke Omega 3 boleh tolong kita kurus?

Omega 3 ada pelbagai bentuk dan sumber. 3 jenis Omega 3 yang utama terdiri daripada ;
  • DHA - asid docosahexaenoic
  • EPA - asid eicosapentaenoic
  • ALA - asid alfa linolenik

Antara sumber Omega 3 seperti ikan salmon, ikan sardin, bayam, tiram, chia seed, kacang soya dan lain-lain.


Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus
Untuk kesihatan yang baik, kita disarankan untuk mengambil
250 sehingga 500mg Omega 3 setiap hari.

Betul ke Omega 3 boleh mengurangkan berat badan dan buat kita kurus?

Jawapannya YA!
Menurut kajian, minyak ikan Omega 3 terbukti dapat membantu anda mencapai berat badan yang ideal.

Untuk pengetahuan, Asid Lemak Omega 3 adalah lemak yang tidak menggemukkan. Mari Ruby kongsikan dengan anda tentang kebaikan Omega 3 untuk kuruskan badan.


Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus

1. Rasa Lebih Kenyang

Dua hormon utama iaitu ghrelin dan leptin berperanan untuk mengawal rasa lapar dan kenyang. Gabungan diet yang seimbang dan pengambilan Omega 3 didapati bermanfaat untuk mengawal atur 2 hormon ini dan meyeimbangkan rasa kenyang yang lama dan mengurangkan selera makan.


2. Meningkatkan Kadar Metabolisma

Minyak ikan Omega 3 dapat meningkatkan metabolisma seterusnya membantu membakar lebih banyak kalori setiap hari, maka ia berpotensi untuk mengurangkan berat badan.


3. Mengawal atur Tahap Lemak Badan Yang Sihat

Simpanan lemak yang berlebihan dalam badan menjadi punca kepada penambahan berat badan seseorang. Kajian menunjukkan Omega 3 dapat mencapai tahap lemak yang sihat kerana ia;

  • Meningkatkan kadar pembakaran lemak.
  • Meningkatkan peredaran darah ke otot-otot semasa bersenam dan lemak lebih banyak terbakar.
  • Mengawal paras lemak sihat yang terkumpul dari pemakanan harian kita.


4. Mengempiskan Perut


Kebaikan Omega 3 Untuk Kurus
Omega 3 boleh mengempiskan perut
dan mengecilkan saiz pinggang


5. Mengecilkan Saiz Badan

Minyak ikan Omega 3 membantu mengurangkan lemak dalam badan dan seterusnya ukur lilit badan makin mengecil


6. Membakar Lebih Kalori Apabila Bersenam

Omega 3 yang di ambil sebelum bersenam akan meningkatkan pengaliran darah ke otot-otot 》 kadar metabolisma meningkat 》 lebih banyak kalori terbakar 》 berat badan pun berkurangan.


7. Meningkatkan Paras Insulin Yang Sihat

Insulin menukarkan karbohidrat di dalam makanan kepada tenaga. Oleh itu, tahap insulin yang sihat adalah penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat dan Omega 3 dapat membantu ;
  • Meningkatkan kepekatan insulin badan - semakin peka sel sel badan kita terhadap insulin, semakin rendah kemungkinan makanan yang kita ambil itu disimpan sebagai lemak.

8.  Mengurangkan Tekanan

Tekanan atau stress boleh penyumbang kepada peningkatan berat badan. Omega 3 mengawal atur tahap kortisol yang sihat, ia adalah hormon tekanan. Hormon kortisol ni menggalakkan penyimpanan lemak.


Di Shaklee, supplemen yang ada kandungan Omega 3 ialah OMEGA GUARD.

1 kapsul Omega Guard mengandungi :
  • Minyak Ikan Omega 3  333 mg
  • EPA                                 182 mg
  • DHA                                120 mg
Omega Guard Shaklee Untuk Kurus
Omega Guard Shaklee mengandungi Omega 3, EPA dan DHA.

Bagi anda yang berhadapan dengan masalah berat badan serta inginkan kesihatan yang lebih baik, Ruby syorkan Omega Guard sebagai piilihan terbaik untuk anda ;)

Berita baik!
Sepanjang bulan Januari ini, Shaklee ada buat Promosi Omega Guard.

Klik gambar untuk info tentang Promosi Omega Guard


Sebarang pertanyaan atau info mengenai Omega Guard mahupun produk-produk Shaklee yang lain, boleh hubungi Ruby di talian ini    016 6696703

1 comment:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)