Friday, February 7, 2020

7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

Ruby teringat pada suatu peristiwa sebelum anak Ruby disahkan ada apendix. Adalah seorang doktor di Hospital Putrajaya ni, beliau tanya mengenai bentuk najis anak Ruby. Ouhh patut pun. Rupanya ada "maksud" yang tertentu.

Sebelum nak cerita lebih lanjut, Ruby nak mohon maaf terlebih dahulu jika entry kali ini bunyinya agak kotor dan kurang menyenangkan anda :)

Mungkin ramai yang tak kisah atau tak tahu, bentuk najis yang dikeluarkan juga boleh menjadi petanda kepada kesihatan dalaman seseorang. Bentuk najis boleh menunjukkan sama ada pergerakan usus, sistem penghadaman dan pencernaannya sihat atau tidak.


7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya
7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

Najis atau tinja biasanya terdiri daripada makanan tidak dicerna, protein, bakteria, garam dan bahan lain. Najis mungkin berbeza dari segi bentuk, tekstur dan warna, bergantung kepada individu, tetapi secara umumnya, najis yang normal berwarna coklat, berbentuk lonjong, dan mudah diteran, dengan tekstur yang tidak terlalu lembut atau keras.


Ia bukan sekadar najis.

Najis anda merupakan hasil yang menjadi refleksi kepada pengambilan diet anda, minuman, ubat-ubatan dan gaya hidup seharian turut mempengaruhi.



7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya



7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya
7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

Carta najis yang dikenali sebagai Bristol Stool Chart-Carta Najis Bristol ini, merupakan rujukan untuk membandingkan bentuk dan jenis najis yang berbeza serta terjemahan kepadanya.

#Jenis 1

Ketulan keras yang berasingan seperti kacang. Sukar untuk keluar.
  • Sangat susah diteran
  • Sembelit yang teruk


#Jenis 2
Berbentuk lonjong tapi berketul-ketul.
  • Susah diteran
  • Sembelit sederhana


#Jenis 3
Berbentuk lonjong dengan rekahan di permukaan.
  • Mudah diteran
  • Bentuk najis normal


#Jenis 4
Berbentuk lonjong atau seperti ular, licin dan lembut.
  • Mudah diteran
  • Bentuk najis normal


#Jenis 5
Tompokan yang lembut dengan permukaan yang jelas.
  • Mudah diteran
  • Kekurangan serat dalam diet


#Jenis 6
Gumpalan lembik dengan permukaan kasar.
  • Terdesak hendak ke tandas.
  • Cirit birit sederhana.


#Jenis 7
Dalam bentuk cecair tanpa sebarang pepejal.
  • Terdesak hendak ke tandas.
  • Cirit birit.


☺️ Najis yang normal adalah jenis yang ke 3 dan ke 4, ianya lembut dan mudah dikeluarkan.

😭 Jenis 1 dan 2 menunjukkan anda mengalami sembelit. Anda mengalami kesukaran untuk membuang najis dan proses menyahtinja lebih menyakitkan

😫 Jenis 5 dan 7 menunjukkan anda mengalami cirit birit. Anda perlu bergegas ke tandas sebaik sahaja mula berasa sakit perut.


Berikut antara "ciri-ciri perkumuhan yang sihat" ;

✅ Biasanya seseorang individu akan ke tandas selepas 30 minit mengambil makanan ( biasanya sarapan).

✅ Mampu bertahan sebentar untuk membolehkan anda berjalan ke tandas dan membuka seluar.

✅ Berjaya membuang najis dalam tempoh seminit sebaik sahaja anda duduk di tandas.

✅ Tidak perlu meneran najis.

✅ Tidak perlu kembali ke tandas semula selepas bangun dan selesai.


Oleh itu, ubahlah cara pemakanan dan gaya hidup anda supaya najis yang lembut dan proses pembuangan pun berjalan lancar. Sembelit yang teruk dan tanpa rawatan yang sepatutnya akan memberi kesan buruk pada usus kita seperti buasir dan kanser usus.


Baca juga : 


Sembelit : Ketahui Tanda Dan Punca-Punca

9 Petua Hilangkan Sembelit


Reference: Heaton, K W & Lewis, S J 1997, 'Stool form scale as a useful guide to intestinal transit time'. Scandinavian Journal of Gastroenterology, vol.32, no.9, pp.920.

2 comments:

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)