Tuesday, February 11, 2020

9 Petua Untuk Hilangkan Masalah Sembelit

Tabiat membuang air besar setiap individu tidak sama. Ada orang yang buang air besar sehari sampai 3 kali. Ada juga yang buang besar sekali dalam tempoh 3 hari.

Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang agak perlahan dari kebiasaan dan menyebabkan kesukaran untuk membuang air besar. Fuhhhh, memang sakit dibuatnya!

Seseorang yang ada masalah sembelit perlu meneran bagi mengeluarkan najis tersebut. Najis bersifat keras dan keluar sedikit-sedikit. Kadangkala terasa macam tiada apa yang keluar, seakan tidak puas. Boleh stress jadinya apabila berada dalam toilet untuk tempoh yang lama.

9 Petua Untuk Hilangkan Sembelit
9 Petua Untuk Menghilangkan Sembelit

Jadi, macam mana cara untuk mereka mengatasi apabila berhadapan dengan situasi ini? Ruby nak kongsikan dengan anda semua petua untuk menghilangkan masalah sembelit. Baca sampai habis ya ;)



9 Petua Untuk Hilangkan Masalah Sembelit

1.  Minum air putih

Petua Hilangkan Sembelit

Apabila kita kurang minum air, tubuh akan menyerap air dari najis yang berada di usus besar. Jadi najis semakin keras dan sukar untuk keluar.

Jadi minumlah air putih secukupnya. Najis menjadi lebih lembut dan mudah dikeluarkan. Paling kurang 2 liter sehari (kecuali bagi pesakit yang doktor kata tak boleh minum air banyak seperti pesakit buah pinggang).


2.  Banyakkan pergerakan fizikal

Petua Hilangkan Sembelit

Lakukan senaman dan regangan. Banyakkan berjalan. Naik tangga. Kurangkan masa untuk duduk yang lama. Jika sudah duduk lebih dua jam, bangun dan berjalanlah sebentar. Pergerakan fizikal akan melancarkan peredaran darah, bagus untuk pencernaan dan merangsang pergerakan usus kita.


3.  Ambil minyak zaitun

Cuba minum minyak zaitun pada waktu pagi bagi memudahkan buang air besar.  Jika di klinik atau farmasi, kita diberikan liquid paraffin iaitu sejenis minyak sintetik supaya najis mudah untuk keluar.


4.  Ambil dari sayuran dan buahan

Petua Hilangkan Sembelit

Makanan begini banyak serat atau fiber. Ini menyebabkan usus besar kita cepat penuh dan rangsang pergerakan usus besar. Jadi najis mudah dikeluarkan. Ia mungkin ambil masa tetapi ia memang berkesan.

Banyak kajian menunjukkan mereka yang tidak makan sayur dan buah, najis berada lebih lama di dalam usus besar yang boleh mengundang risiko kanser usus. Terutama mereka yang makan banyak refine carbo dan banyak daging merah.


5. Elakkan air kopi atau air manis

Kopi ada kafein, jadi badan kita mudah mengalami dehidrasi. Begitu juga dengan air manis. Cuba biasakan minum air putih atau air kosong saja. Mula-mula memang payah, lama-lama dah terbiasa. Hehehe.

Jangan minum air manis selepas makan nasi. Nasi yang kita makan itu ditukarkan menjadi gula, ditambah air manis yang ada gula lagi. Aduh, jumlah gula berganda, penyakit pun berganda!


6.  Jangan tahan berak

Sekiranya terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Tabiat menahan berak adalah tidak elok untuk kesihatan usus kita.


7.  Lakukan senaman mengcangkung

Petua Hilangkan Sembelit

Senaman mengcangkung memberi tekanan pada perut dan usus. Sekaligus memberi gesaan untuk kita membuang air besar.

Membuang air besar dengan posisi mencangkung lebih mudah untuk najis keluar.

Baca juga :  Kebaikan Berak Cangkung


8.  Ambil makanan yang ada probiotik

Makanan yang ada bakteria baik (probiotik) seperti yogurt mampu melancakan pencernaan yang terganggu.


9.  Ambil makanan berherba dan rempah

Masukkan herba dan rempah ratus dalam hidangan seperti halia, kunyit, ketumbar dan jintan manis. Herba ni memudahkan penghadaman dan membuang toksin yang terkumpul di dalam organ limpa, hati, perut.


Jika anda tidak mampu menahan sakit terlampau, langkah terbaik berjumpalah dengan doktor bagi mendapatkan rawatan atau ubat untuk membantu atasi sembelit. Ubat melembutkan najis akan diberikan bergantung kepada keseriusan masalah itu.


Baca juga :

Ketahui Tanda Dan Punca-Punca Sembelit

7 Bentuk Dan Jenis Najis : Ketahui Maksud Disebaliknya

9 comments:

  1. Biasanya kurang minum air kosong menjadikan sembelit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul WP.Salah satu sebab jadi sembelit 😊

      Delete
  2. thanks for sharing..
    tips yg ke-5 tu sy susah sikit nak stop huhu, dari zaman smk memang sukaa sangat dgn kopi haha,
    kalau dlm sehari x minum kopi, rasa lain macam haha..
    tapi alhamdulillah, saya mmg kuat minum air. Sebelum pergi kerja mesti bawak satu botol air mineral.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kopi sedap. Kopi susu. Kopi o. Sedap belake. HeheπŸ˜‹

      Tengok pada orang juga. Ada yang minum kopi tak sembelit, dan ada jugak yang minum jadi sembelit. πŸ˜‰

      Delete
  3. part yg makan nasi pastu minum air bergula tu...aduhai bila la nk berubah kan...tu diri akak sendiri tuu

    ReplyDelete
  4. akak rasanya last kene sembelit masa peknen dulu, lepastu memang jarang sangat la kene nya.... mungkin sebab akak jenis suka minum air kosong banyak, buah dan sayur pun memang wajib ambil...

    ReplyDelete
  5. salam..jalan2 sini! done follow

    https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/02/nyanyi-lagu-tiga-bahasa.html

    ReplyDelete
  6. Betul kena banyak minum air kosong dan makan sayur-sayuran serta buah-buahan. Setakat ni alhamdulillah lawas.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)