Monday, February 3, 2020

Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

Sehingga kini, jumlah angka kes jangkitan 2019-nCoV Novel Coronavirus dan juga kes kematian yang direkodkan semakin meningkat setiap hari. Ya Allah, Ruby pun turut terasa bahangnya dengan penularan wabak ini, cepat sungguh ia merebak. Sebanyak 24 negara yang terlibat termasuklah Malaysia.

WHO, Persatuan Kesihatan Dunia telah pun mengumumkan kecemasan global ekoran peningkatan kes ini yang semakin serius. Virus Novel Coronavirus yang bermula dari Wuhan, China ini dikatakan belum pernah dikenalpasti pada manusia sebelum ini.

Baca juga : 

Asal Usul Coronavirus

8 Kes Novel Coronavirus Di Malaysia


Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit-Coronavirus
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

Sebagai umat Islam, kita digalakkan untuk berdoa walau apapun perkara yang berlaku. Dari Allah sesuatu itu datang, dan Allah jugalah yang mampu mengatasi segalanya. Yakinlah bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati.

Rasulullah pernah bersabda ;

" Apabila kamu mendengar terdapat wabak di suatu daerah, janganlah kamu datang ke tempatnya. Sebaliknya, sekiranya wabak itu berjangkit di suatu daerah sedangkan kamu berada di sana maka janganlah kamu keluar melarikan diri daripadanya ".

Ruby nak kongsikan 2 doa yang boleh kita amalkan bagi mengelakkan diri kita daripada wabak penyakit berjangkit ini.


Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit - Coronavirus

 " Ya ALLAH, aku berlindung kepada-MU dari penyakit belang, gila, kusta dan dari segala penyakit yang buruk/mengerikan lainnya ".



Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit
Doa Untuk Elak Penyakit Berjangkit

Umat Islam negara ni juga disarankan melakukan solat hajat dan memohon doa supaya Malaysia terselamat daripada sebarang wabak penyakit.

Gesaan Mufti Datuk Seri Dr. Zulkifli itu dibuat sebaik sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mengesan kes jangkitan coronavirus yang pertama di Malaysia.


Orang ramai juga dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan dari jangkitan novel Coronavirus ini dengan cara ;
  • Kerap membasuh tangan
  • Elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, daging dan kandang
  • Menutup mulut dan hidung jika batuk atau bersin
  • Elakkan sentuhan dengan individu yang mempunyai simptom virus
  • Elakkan mengambil minuman/makanan sebarang produk haiwan yang mentah /tidak dimasak  dengan sempurna  seperti telur, susu, daging dan sebagainya

Semoga Allah melindungi kita semua dari wabak penyakit berjangkit ini.

Baca juga :  Cara Cegah Covid 19

11 comments:

  1. Moga kita semua dijauhi daripada sebarang jangkitan berbahaya.

    ReplyDelete
  2. sama-sama kita amalkan, moga terhindar dari penyakit berjangkit ini

    ReplyDelete
  3. Amin2ya Rabb..moga kita dijauhkan daripada penyakit yang merbahaya dan berjangkit..

    ReplyDelete
  4. saya follow rubiah ya..dan letak dalam bloglist saya, ^^

    ReplyDelete
  5. Sama-sama kita amalkan, sama-sama jaga kebersihan diri.

    ReplyDelete
  6. aminn ya rabb semoga kita semua dilindungi..

    ReplyDelete
  7. Semoga kita semua dijauhkan dari sakit ini.. Aminn

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)