Sunday, February 9, 2020

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit

Siapa yang tak pernah rasa sakit sembelit? Setiap orang mesti pernah melalui saat "seksa" itu walaupun sekali. Betul tak?

Bentuk najis yang dikeluarkan juga petanda usus sedang bermasalah atau sebaliknya. Ketua Perubatan Boehringer Ingelheim Malaysia, Dr Mogana Sivalingam berkata, sekiranya lebih tiga hari dalam seminggu tidak membuang air besar, bermakna individu terbabit sedang berdepan dengan masalah sembelit.

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit
Ketahui Punca Dan Tanda Sembelit

Apa Maksud Sembelit?

Sembelit berlaku apabila tabiat membuang air besar itu berkurangan dan dalam masa yang sama mengalami kesukaran serta kesakitan untuk membuang najis.

Satu daripadap 5 orang dikatakan mengalami sembelit. 11% daripada lelaki dan 15 hingga 23% daripada perempuan.

Sembelit boleh dikesan dengan melihat bentuk najis, sama ada berbentuk sosej yang lembut atau berbentuk kacang.


Baca juga :


Tanda-Tanda Sembelit

Berikut adalah tanda-tanda seseorang itu mengalami sembelit ;
  • Buang air besar kurang dari 3 kali seminggu
  • Najis keras dan sukar untuk keluar
  • Perut kembung
  • Sakit perut
  • Perlu meneran dengan kuat
  • Najis berdarah (jarang berlaku)

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit
Najis keras dan susah untuk membuang

Punca-Punca Sembelit

Pergerakan usus setiap individu tidak sama. Secara purata, kekerapan pengerakan usus antara sekali dalam masa dua hari hingga 3 kali dalam seminggu. Banyak punca yang mempengaruhi pergerakan usus dan ia boleh berubah-ubah dari sehari ke sehari, antara punca-punca yang membawa kepada sembelit seperti;
  • Diet yang tidak menentu
  • Kurang makan sayuran atau buahan yang kaya serat
  • Tekanan
  • Kurang bersenam
  • Hormon
  • Kehamilan
  • Tabiat merokok
  • Usia lanjut
  • Kurang tidur
  • Mengembara ke suatu tempat
  • Ubatan
  • Menahan untuk membuang air besar
  • Kekurangan air
  • Masalah dengan fungsi usus


Kesan disebabkan sembelit

Individu yang kerap diserang sembelit dan tidak mengambil apa-apa rawatan yang sepatutnya akan berdepan dengan penyakit lain seperti buasir (kesan meneran dengan terlalu kuat ketika membuang air besar).

Otot dinding usus juga menjadi lemah dan tidak dapat berfungsi dengan baik.

Ketahui Tanda Dan Punca Sembelit
Minum air putih yang secukupnya

Rawatan untuk mengatasi sembelit

Perkara yang utama untuk mengatasi sembelit adalah dengan memastikan kita ambil makanan berserat dan minuman air yang mencukupi. Ini akan membantu najis bergerak menerusi usus dengan meningkatkan ketebalan najis serta menjadikan najis itu lembut.

Pastikan anda segera dapatkan nasihat dan pemeriksaan daripada doktor sekiranya tabiat membuang air besar anda berubah atau najis berdarah atau dalam kesakitan.


Baca juga :  9 Petua Hilangkan Sembelit


Sumber rujukan :

http://www.myhealth.gov.my

Berita harian

8 comments:

  1. Sembelit ni memang boleh stress jadinya.. Huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Memang betul tu Faizzah. Bercintalah duk dalam bilik ayaq 🤣

      Delete
  2. Pernah tanya pasal kurang tidur tu. Pakar Nutrisi cakap tidak menyebabkan sembelit. Tapi stress dari kurang tidur tu penyebab sembelit. Apa2 pun since makan Ostematrix, tidur dah ok dan automatik sembelit okey

    ReplyDelete
  3. Kena cegah cepat bagi yang ada tandadi atas

    ReplyDelete
  4. sebaiknya consult doktor kalau rasa sembelit ni..risauu

    salam kenal dari www.iamfuzy.com

    ReplyDelete
  5. Sembelit memang sesuatu yang amat menyeksakan.. apatah lagi kalau baru sahaja lahirkan anak... huhuhu

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)