Wednesday, March 18, 2020

Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah Kawalan Pergerakan berkuatkuasa selama 14 hari mulai 18.3.2020 sehingga 31.3.2020. Pengumuman ini telah dibuat oleh YAB Perdana Menteri Malaysia ekoran peningkatan jumlah kes wabak Covid 19 secara mendadak. 

Arahan yang dikeluarkan kerajaan itu adalah usaha untuk menangani penularan wabak Covid 19 yang mana sudah berada dalam gelombang kedua.

Ancaman virus berbahaya ini bukan saja membimbangkan dan merisaukan seluruh penduduk Malaysia malah seisi dunia! Allahu, sungguh cepat dan pantas dia merebak. WHO juga telah isytiharkan ianya sebagai "Pandemik".


Perintah Kawalan Pergerakan
Perintah Kawalan Pergerakan

Perintah kawalan ini dibuat dibawah Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit  Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967.


Perintah Kawalan Pergerakan

Langkah-langkah telah diambil bagi menyelaras dan memperincikan pelaksanaan perintah kawalan ini yang meliputi ;

1. Larangan menyeluruh pergerakkan dan perhimpunan ramai di seluruh negara termasuk aktiviti keagamaan, sukan, sosial dan budaya. Semua rumah ibadat dan premis perniagaan hendaklah ditutup kecuali pasar raya, pasar awam, kedai runcit and kedai serbaneka yang menjual barangan keperluan harian.

Khusus untuk umat Islam, penangguhan aktiviti keagamaan di masjid dan surau termasuk Solat Jumaat selaras dengan Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas yang bersidang pada 15 Mac 2020.


2. Sekatan menyeluruh semua perjalanan rakyat Malaysia ke luar negara.
Bagi yang baru pulang dari luar negara, mereka dkehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan lalukan kuarantin secara sukarela selama 14 hari.


3. Sekatan kemasukkan semua pelancong dan pelawat asing ke dalam negara.


4. Penutupan semua taska, sekolah kerajaan dan swasta termasuk sekolah harian, sekolah berasrama penuh, sekolah antarabangsa, pusat tahfiz dan lain-lain institusi pendidikan rendah, menengah dan pra universiti.


5. Penutupan semua institusi pendidikan tinggi, awam dan swasta serta institut latihan kemahiran di seluruh negara.


6. Penutupan semua premis kerajaan dan swasta kecuali yang terlibat dalam perkhidmatan penting negara (essential services) iaitu ;
  • Air
  • Elektrik
  • Tenaga
  • Pos
  • Telekomunikasi
  • Pengangkutan
  • Pengairan
  • Minyak
  • Gas
  • Bahan Api
  • Farmasi
  • Penjara
  • Balai Bomba
  • Pelabuhan
  • Lapangan Terbang
  • Pelincir
  • Kewangan
  • Perbankan
  • Kesihatan
  • Pertahanan
  • Keselamatan
  • Peruncitan
  • Bekalan Makanan
  • Penyiaran
  • Pembersihan

Dengan itu, orang ramai diminta untuk mematuhi peraturan yang telah diputuskan oleh pihak berkuasa.

Perintah Kawalan Pergerakan
Duduk Diam-Diam Di Rumah

Please, janganlah berkumpul atau melepak secara beramai-ramai dekat sesuatu tempat. Tanamkan rasa tanggunjawab dalam diri sendiri untuk kebaikan kita bersama. Sikap sambil lewa boleh memudaratkan lagi situasi yang sedia ada.

Kita juga dinasihatkan supaya berada di rumah selama tempoh perintah ini berlaku kecuali keluar untuk memenuhi keperluan-keperluan asas. Duduk diam-diam di rumah (stay at home).

Perintah Kawalan Pergerakan
Jarak Sosial = 1 Meter

Amalkan sosial distancing dari orang sekeliling demi mengelakkan jangkitan Covid 19.

Jangan lupa utamakan kebersihan diri juga.


Baca juga :



4 comments:

  1. Cepat sungguh virus ni merebak kan... risau tgk kereta berbondong² semalam, semua nak balik kampung... aduh... jgn sebarkan virus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang tak balik kampung pun, ada duk lepak duk keluar bawak anak masa beli barang. 😩

      Delete
  2. Nasib baik kita sempat balik kampung sebelum kuar Perintah Kawalan Pergerakan ini :)

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)