Tuesday, March 24, 2020

Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet

Nak kudapan yang lazat dan berkhasiat? Apa kata tukar citarasa kepada minuman smoothie! Resepi smoothie boleh di pelbagaikan. Bagi Ruby, bila buat sendiri smoothie ni, kita boleh bereksperimen dengan perisa dari buahan atau sayuran apa yang kita inginkan.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet
Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet

Betul ke minum smoothie bagus untuk diet?

Sebenarnya, penyediaan smoothie bersama-sama buah atau sayuran yang kaya dengan serat elok untuk sistem pencernaan kita, malah ia bagus untuk detox, kulit dan juga kesihatan badan.

Smoothie yang ditambah pula dengan sumber protein seperti ESP Shaklee akan memberi rasa kenyang yang lama dan tenaga yang berpanjangan. Protein soya ESP ada kandungan Indeks Glimek(GI) yang rendah. Dengan ini dapat mengurangkan rasa lapar dan berat badan.


Resepi Smoothie ESP Shaklee Untuk Diet

Ruby nak share 9 resepi smoothie ESP Shaklee untuk korang cuba dirumah. Mudah disediakan. Sedap dan pastinya menyelerakan!

1) Resepi Smoothie Pisang Dengan Oat

Pisang membekalkan tenaga serta sumber kalium yang tinggi kepada badan. Kalium baik untuk jantung dan membantu dalam penyerapan kalsium.

Smoothie Pisang Oat
Smoothie Pisang Oat

Bahan-bahan :
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
2 sudu besar oat
2 pisang (saiz kecil)
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh :
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


2) Resepi Smoothie Strawberi Dengan Oat

Manfaat strawberi untuk kesihatan tidak dapat dinafikan. Ia juga boleh diijadikan sebagai perisa dalam protein smoothie. Dengan tambahan mentega kacang membuatkan korang nk hirup sedutan kedua!

Smoothies Strawberi Oat
Smoothies Strawberi Oat

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan Strawberi
1 sudu besar kacang mentega
1 sudu besar oat
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


3)  Resepi Smoothie Kiwi

Smoothie yang kaya dengan nutrisi ini memberikan rasa segar pada hirupan pertama. Ia membekalkan protein serta serat yang tinggi, bagus untuk bantu sistem penghadaman. Rasa sekali pasti nak lagi!

Resepi Smoothie ESP Shaklee Kiwi
Smoothie Kiwi

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan Kiwi
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


4)  Resepi Smoothie Mangga Anggur

Buah mangga yang tinggi dengan vitamin serta serat merupakan kombinasi yang
terbaik dengan tambahan buah anggur yang mengandungi polifenol, untuk manfaat kesihatan. Minuman yang lazat ini memberi rasa kenyang sehingga ke hidangan seterusnya.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Mangga Anggur
Smoothie Mangga Anggur

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
½ cawan anggur tanpa biji
½ cawan mangga
1 sudu kecil biji chia
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian kisar sehingga sebati.


5)  Resepi Smoothie Oreo

Jika suka menikmati oreo, ini adalah resipi terbaik untuk cuba. Dengan menggunakan biskut oreo, rasa vanila coklat dirasai bersama dengan protein yang sihat & berkhasiat! Smoothie yang enak ini kaya dengan protein dan tenaga.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Oreo
Smoothie Oreo

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
2 keping biskut Oreo (Dihancurkan)
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


6)  Resepi Smoothie Betik Dengan Halia

Redakan sakit perut dengan resipi smoothie yang mudah ini. Betik dapat membantu proses penghadaman, dan halia yang memberi rasa segar merupakan kombinasi duo yang menarik. Minuman yang enak dengan rasa tropika semestinya menjadi pilihan ramai!

Resepi Smoothie ESP Shaklee Betik Halia
Smoothie Betik Dengan Halia

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan betik (potong & disejukkan)
2 sudu teh halia (potong kecil)
½ cawan perahan lemon
1 cawan ais
½ cawan air

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


7)  Resepi Smoothie Buah Kurma

Cubalah smoothie yang enak dan berkrim dengan kebaikan kurma di dalamnya. Minuman yang enak ini akan membuat badan bertenaga sepanjang hari.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Buah Kurma
Smoothie Buah Kurma

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais
5 biji kurma

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh hingga sebati.


8)  Resepi Smoothie Nenas Dengan Oren

Buah oren dan nenas yang tinggi kandungan vitamin C ini memberikan rasa segar yang berpanjangan. Ia juga boleh dijadikan sebagai snek yang lazat!

Resepi Smoothie ESP Shaklee Nenas Oren
Smoothie Nenas Dengan Oren

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy Protein Isolate
Powder
1 cawan nenas
1 cawan oren
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


9) Resepi Smoothie Avokado

Mengandungi kandungan lemak sihat, tekstur avokado yang penuh krim serta lembut menjadikan ia minuman enak dan berkhasiat untuk diminum sebagai sarapan pagi. Ia memberikan nutrisi yang lengkap serta membuatkan anda berasa kenyang.

Resepi Smoothie ESP Shaklee Avokado
Smoothie Avokado

Bahan-bahan:
3 sudu besar ESP Soy protein Isolate Powder
1 cawan susu rendah lemak
1 cawan avokado
1 cawan ais

Cara bancuh:
Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam pengisar, kemudian bancuh sehingga sebati.


Selamat mencuba!

8 comments:

  1. Aduhh...sedap-sedap semuanya. Suka buat smoothi mango. Tapi semua resepi ni rasa macam nak cuba..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, cubalah Kak AZ.
      Semua resepi sedap belake 😋

      Delete
  2. Warna-warni. Saya tertarik dengan smoothie betik+halia tu. Dah follow balik. Tq.

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)