Monday, April 13, 2020

Cyst Ovari (Jenis, Tanda & Rawatan)

Cyst Ovari biasanya berlaku pada sistem reproduktif seorang wanita. Ia adalah kantung yang mengandungi cecair/lendir didalamnya seperti air, darah beku, darah haid, lemak atau minyak. Ada juga cyst yang lebih kompleks di mana ia tumbuh bersama daging, tulang, rambut dan banyak lagi.

Cyst ovari ni ada pelbagai saiz. Dan kalau nak tahu saiznya boleh mencecah sebesar sebiji tembikai! Allahu, besar sungguh. Tak mampu nak bayangkan saiz macam tu ada dalam ovari.

Cyst Ovari (Jenis, tanda, punca)
Cyst Ovari


Bagaimana Cyst Ovari Terjadi?

Setiap kali wanita normal mengalami haid, ovari akan membentuk gelembung/kelompong yang dipanggil sebagai ovarian folikel.

Ia adalah normal bagi wanita kerana disitu terdapat benih/telur wanita yang dipanggil ovum. Selepas ia dikeluarkan melalui darah haid, sepatutnya ovarian folikel ini mengecut.

Tetapi ada sesetengah dari wanita yang ovarian folikelnya tidak mengecut dan membesar melebihi 2cm dan ia dipanggil ovarian cyst.

Apakah punca terjadinya Cyst Ovari ni?

  • Perubahan paras hormon - keadaan paras estrogen dan progesteron yang dipengaruhi oleh pelbagai faktor ni sangat mempengaruhi kesihatan wanita. Ia juga penyebab sama ada telur yang dibebaskan normal atau pramatang dan juga punca kepada masalah senggugut.
  • tekanan - akan mempengaruhi paras hormon.
  • faktor keturunan - genetik yang diwarisi dari seorang ibu kepada anaknya.


Jenis-Jenis Cyst Ovari


Cyst Ovari
Cyst yang terjadi pada ovari

Mari lihat satu persatu jenis cyst yang ada.

# Functional
Kedua-dua jenis cyst ini mudah hilang dalam masa 1-3 bulan. Ia dikategorikan functional cyst sebab berlaku ketika ovari masih berfungsi atau semasa ovulasi.
  • Corpus luteal cyst - ovum telah dilepaskan tapi kantung pula membesar. Namun ia akan hilang selepas beberapa minggu tapi ada juga yang saiznya membesar melebihi 5cm.
  • Follicular cyst - Folikel tidak pecah untuk melepaskan ovum. Ia terus berkembang dan membesar.


# Dermoid cyst
 mengandungi pelbagai jenis tisu primitive seperti bahan lemak, rambut, gigi, serpihan tulang dan tisu rawan. Ia mampu membesar dan menyebabkan kesakitan.


# Polycystic Ovari (PCOS)
disebabkan timbunan kecil cyst-cyst kecil yang berganda akibat masalah ketidakseimbangan hormon. Ia terjadi pada wanita yang mengalami haid tidak teratur.


# Endometriosis
Sel-sel yang terdapat diluar rahim


# Cystadenoma
kandungannya air. Cyst ni besar, macam hamil 9 bulan.



Tanda-Tanda Cyst Ovari


Cyst Ovari (Jenis,Tanda & Rawatan)
Cyst Ovari

Kebanyakan wanita tidak sedar dan tidak tahu, bahawa mereka sedang mengalami cyst ovari kerana ianya jarang memberi masalah atau gejala. Ia kerap berlaku pada golongan wanita muda. Ia hanya boleh diketahui oleh seseorang apabila melakukan ultrasound.

Berikut antara tanda-tanda cyst ovari seperti ;
  • Perut buncit (sedikit ke depan)
  • Muntah dan loya
  • Sakit ketika hubungan kelamin
  • Kerap buang air kecil
  • Rasa perut penuh dan tak selesa serta rasa cepat kenyang
  • Rasa berat pada ari-ari
  • Sakit di belakang atau peha

Adakah cyst punca ketidaksuburan?
Kebanyakan cyst tidak menggangu proses ovulasi atau persenyawaan. Tetapi sekiranya anda ada mengalami PCOS ataupun endometriosis, ia mungkin berkait rapat dengan kesuburan.



Apakah rawatan untuk Cyst Ovari?

Kebanyakkan cyst ovari tak bahaya dan secara semulajadinya akan hilang sendirinya tanpa memerlukan rawatan.

Rawatan akan diberikan bergantung kepada jenis cyst yang dialami. Biasanya jenis corpus luteal cyst, rawatan dan nasihat oleh doktor ialah "tunggu dan lihat". Lazimnya doktor akan pantau sama ada cyst tersebut makin besar atau bertukar bentuk.


Pembedahan Cyst Ovari
Pembedahan dilakukan jika saiz cyst makin membesar

Rawatan pembedahan dilakukan jika saiz cyst itu besar dan makin membesar.
  • Pembedahan laparoskopi (pembedahan potongan kecil dan guna kamera)
  • Pembedahan laparotomi (pembedahan potongan besar) jika cyst terlalu besar atau cyst menunjukkan simptom kanser.

Walaubagaimanapun, rawatan akan diberikan berdasarkan gejala, bentuk cyst dan keputusan darah.

Kesimpulannya, jika anda mengalami tanda-tanda yang Ruby sebutkan di atas, bolehlah segera berjumpa doktor untuk buat pemeriksaan. Wahai wanita, sayangi dan jaga diri anda sebaiknya ;)

25 comments:

  1. ooh bini wak penah operate cyst nih., huhuhu

    ReplyDelete
  2. Semoga kaum wanita terhindar daripada gejala penyakit ini

    ReplyDelete
  3. Adoii seriau baca dan nengok, sebab Sis dah pernah alaminya, buang cyst tapi bila dah bedah rupanya fibroid..Sis buat laparoscopy...tebuk 3 lobang, tapi aduiiii seksa, tak tau nak cakap macam mana, ada Sis kongsikan di blog ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, yang tebuk tebuk tu
      laparoskopi. Mcm ruby mention kat atas.

      Aduh kak lin, fibroid 😭

      Nanti ruby terjah blog akak cari entry tu okay.

      Delete
  4. pernah bc pasal cyst ni sbb risau juga sbb ada kwn die kena operate buang cyst..pernah buat checkup juga alhamdulillah tkde cyst

    ReplyDelete
  5. Dulu masa bujang slalu sakit period teruk2.. Then mama za plak kena operate cyst ni. Kita skali kena buat checkup takut2 ada juga. Alhamdulillah xde. Tapi risau tu tetap ada.. Kena rajin check.

    ReplyDelete
  6. ada kawan2 yang pernah operate cyst ni ada kecil ada besar taoi takda la sebesar tembikai tu. moga terpelihara dari penyakit ni aamiin

    ReplyDelete
  7. honest, kita pun baru kita ada cyst tu. but masih kecil. then ada juga my friend yang ada then dia makan something pil, then cyst dia mengecut dah. thanks for sharing info :)

    ReplyDelete
  8. Ya saya pernah alami sakit perut dua hari berturut2 dan kemudian hilang dan bila cek ada cyst kat rajim dlm 7.8 cm. Doktor suggest buang tapi saya tak mahu melakukan pembedahan huhu... skg ni doc pantau dan ada sikit perubahan cyst kurang sikit 1 cm dari asal 8 cm mcm tu. Doakan ya tidak berbahaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah kak, besar saiz tu. Jaga diri kak baik². Selalu check up untuk tahu saiznya ya

      Delete
  9. Aduhai.. tak dapat bayangkan kalau sebesar tembikai. Itu bagusnya kalau masyarakat dapat pengetahuan dan pendedahan awal macam ni supaya lebih berhati-hati, buat langkah pencegahan dan bersedia. Bagus perkongsian pengetahuan macam ni. :D

    ReplyDelete
  10. Terima kasih share ya, ilmu baru untuk saya ni. Semoga dihindarilah penyaikut ini untuk sesiapa2 pun.

    ReplyDelete
  11. tq for sharing. ilmu bagi aida.
    cyst ni bukan baru. few of my friends ada masalah ni.
    menyebabkan sukar dpt anak. and lom lagi ada rezeki anak :(
    but, all of them jalani perubatan sendiri.
    mesti buat rawatan. dptkan nasihat doktor.

    ReplyDelete
  12. sebab tu mommy masa anak dara dulu takut je kalau tak datang haid, atau datang berpanjangan

    ramai yang tak amek tahu hal macam ni

    ReplyDelete
  13. Wah terima kasih kongsi sis.. aka macam ni lagilah kuat hati nak order vivix ni ... hopefully this month adalah rezeki nak merasa.. wee...

    ReplyDelete
  14. Bahaya kan macam2 penyakit berkaitan wanita ni. Kena selalu buat check up utk pastikan tiada cyst atau fibroid. Tq kongsikan info ni.

    ReplyDelete
  15. Bila ada cyst ovari ni kenalah rawat secepat yang mu gkin kan. Kita orang perempyan ni macam macam sakit dalaman ada. Kena jaga diri betul betul

    ReplyDelete
  16. allahu seram baca, ni antara penyakit sangat ditakuti oleh kaum wanita....banyak info dikongsikan di sini

    ReplyDelete
  17. Allahu besarnya, seriau sis tengok. Kawan sis ada jugak cyst ni..kesian tgok dia. Nasib baik dah buang.

    ReplyDelete
  18. thansk sharing info ni. memang kena cakna sebab sekarang makin ramai orang kena ni

    ReplyDelete
  19. Thanks for sharing this info, wanita kena pergi check up setiap tahun untuk mengetahui tahap kesihatan kita

    ReplyDelete
  20. Tanpa sedar ianya wujud.
    Kena alert setiap sakit yang muncul pada anggota badan kita.
    Moga kita semua dilindungi selalu..

    ReplyDelete

Terima kasih sudi singgah dan komen di blog Ruby.

Salam Ukhwah :)